Saturday, 12 September 2015

TINTA DAI'

FADHILAT ISI SOLAT SUNAT FAJAR SEBELUM SOLAT SUBUH


Assalamualaikum.. :)
Hai pembaca sekalian! Antum semua sihat? Alhamdulillah.. kami berharap semuanya dalam keadaan yang sihat. Hari ini kami nak berkongsi sedikit tazkirah ringkas yang kami dengar sebentar tadi di Musolla Al-Hikmah. Haa? Selama ini solat subuh kita tahu ke kebaikan solat 2 rakaat yang kita lakukan setiap pagi dan setiap hari?



Sabda nabi , solat sunat FAJAR subuh 2 rakaat lebih baik dari dunia dan isi-isinya. Di situlah ada reda Allah. Bila Allah redha kita maka di situlah kebaikan yang melebihi segala2nya. Kita start enjin tiap2 pagi pergi kerja,  dapat banyak itu juga sedangkan yang memberi rezeki itu adalah Allah. Sepatutnya solat 2 rakaat sebelum subuh itu yangg kita kejar dan rebut dulu diikuti dengan solat subuh berjamaah.

Allah sembunyikan redaNya dalam ketaatan hambaNya. Banyak habuan dari Allah kepada kita tapi kita tak perasan dan lupa hasil dari redha Allah.

Fadhilat kita solat sunat, sedekah, bantu mangsa banjir , berjihad, berdakwah dan seumpamanya telah kita perolehi tanpa kita sedar. Kita dapat rasakan kalau kita perhalusi dan berfikir.

Ada seorang budak sampai 5 kali ulang alik dari Kuala Lumpur ke Kelantan membantu mangsa banjir. Dia seorang yang rajin bekerja, rajin beribadat maka Allah kurniakan kepadanya jiwa yang kasih dan sayang kepada manusia serta kuat beribadat.

Dari satu segi, Allah bukan sahaja menguji mangsa banjir, mangsa perang palestin tetapi Allah uji manusia lain yang tidak terlibat. Adakah mereka prihatin, adakah mereka insaf, ingat dan menghulurkan bantuan seikhlasnya. Maka redha Allah akan turun kepada orang yang baik.

Sihir - Zikir dan solat adalah pelindung juga dari sihir. Jagalah kualiti solat. Solatlah secara  berjemaah. Telah berlaku kejadian benar apabila seseorang mengadu kepada ustaz , gelas yang dipegang untuk minum pecah tiba-tiba. Ini menandakan terdapat sihir di dalam minuman itu dan amalan zikir dan solatnya telah melindunginya dari terkena sihir dari minuman tersebut.

Maka orang-orang yang meninggalkan ibadat hidup mereka adalah sebaliknya–di timpa kerugian dan kesusahan.

Maka bersungguh2lah beramal ibadat walau dengan memberi salam dan bertegur sapa.

Kisah benar, seorang insan yang kerap memberi salam kepada seorang uz (uz isa) walaupun orang tersebut  dgn berseluar pendek sambil cuci kereta , akhirnya pada satu hari dia datang ke mesjid hingga  menjadi orang kuat mesjid berkat amal baiknya memberi salam.

Jagalah setiap amal baik kita baik sekecil2nya hingga sebesar2nya kerana habuan Allah akan datang dalam hidup kita.

Alhamdulillah sampai disini sahaja perkongsian dari kami. Kita jumpa lagi lain kali dalam slot TINTA DAI' !!

PENGORBANAN SEORANG AYAH KEPADA ANAKNYA

                                  

Assalamualaikum....hari ni kami hendak menceritakan sebuah kisah sedih tentang pengorbanan ayah kepada anaknya.

     Suatu ketika, ada seorang anak perempuan yang bertanya kepada ayahnya, tatkala tanpa sengaja dia melihat ayahnya sedang mengusap wajahnya yang mulai berkerut-merut dengan badannya yang terbongkok-bongkok, disertai suara batuk-batuknya.


Anak perempuan itu bertanya pada ayahnya : “Ayah, mengapa wajah ayah kian berkerut-merut dengan badan ayah yang kian hari kian membongkok ?”
Demikian pertanyaannya, ketika ayahnya sedang berehat di beranda.
Si ayah menjawab : “Sebab aku lelaki.”
Anak perempuan itu berkata sendirian : “Saya tidak mengerti”.
Dengan kerut-kening kerana jawapan ayahnya membuatnya termenung rasa kebingungan.
Ayah hanya tersenyum, lalu dibelainya rambut anaknya itu, terus menepuk-nepuk bahunya, kemudian si ayah mengatakan : “Anakku, kamu memang belum mengerti tentang lelaki.”
Demikian bisik Si ayah, yang membuat anaknya itu bertambah kebingungan.
Kerana perasaan ingin tahu, kemudian si anak itu mendapatkan ibunya lalu bertanya kepada ibunya : “Ibu, mengapa wajah Ayah jadi berkerut-merut dan badannya kian hari kian membongkok? Dan sepertinya ayah menjadi demikian tanpa ada keluhan dan rasa sakit ?”
Ibunya menjawab : “Anakku, jika seorang lelaki yang benar-benar bertanggungjawab terhadap keluarga itu memang akan demikian.”
Hanya itu jawapan si ibu. Si anak itupun kemudian membesar dan menjadi dewasa, tetapi dia tetap juga masih tercari-cari jawapan, mengapa wajah ayahnya yang tampan menjadi berkerut-merut dan badannya menjadi membongkok?
Hingga pada suatu malam, dia bermimpi. Di dalam impian itu seolah- olah dia mendengar suara yang sangat lembut, namun jelas sekali. Dan kata-kata yang terdengar dengan jelas itu ternyata suatu rangkaian kalimah sebagai jawapan rasa kebingungannya selama ini.
“Saat Ku-ciptakan lelaki, aku membuatnya sebagai pemimpin keluarga serta sebagai tiang penyangga dari bangunan keluarga, dia senantiasa akan berusaha untuk menahan setiap hujungnya, agar keluarganya merasa aman, teduh dan terlindung.”
“Ku ciptakan bahunya yang kuat dan berotot untuk membanting- tulang menghidupi seluruh keluarganya dan kegagahannya harus cukup kuat pula untuk melindungi seluruh keluarganya.”
“Ku berikan kemahuan padanya agar selalu berusaha mencari sesuap nasi yang berasal dari titisan keringatnya sendiri yang halal dan bersih, agar keluarganya tidak terlantar, walaupun seringkali dia mendapat cercaan dari anak-anaknya”.
“Ku berikan keperkasaan dan mental baja yang akan membuat dirinya pantang menyerah, demi keluarganya dia merelakan kulitnya tersengat panasnya matahari, demi keluarganya dia merelakan badannya berbasah kuyup kedinginan dan kesejukan kerana tersiram hujan dan dihembus angin, dia relakan tenaga perkasanya dicurahkan demi keluarganya, dan yang selalu dia ingat, adalah disaat semua orang menanti kedatangannya dengan mengharapkan hasil dari jerih- payahnya.”
“Kuberikan kesabaran, ketekunan serta kesungguhan yang akan membuat dirinya selalu berusaha merawat dan membimbing keluarganya tanpa adanya keluh kesah, walaupun disetiap perjalanan hidupnya keletihan dan kesakitan kerapkali menyerangnya”.
“Ku berikan perasaan cekal dan gigih untuk berusaha berjuang demi mencintai dan mengasihi keluarganya, didalam suasana dan situasi apapun juga, walaupun tidaklah jarang anak-anaknya melukai perasaannya, melukai hatinya.
Padahal perasaannya itu pula yang telah memberikan perlindungan rasa aman pada saat dimana anak-anaknya tertidur lelap. Serta sentuhan perasaannya itulah yang memberikan kenyamanan bila saat dia sedang menepuk-nepuk bahu anak-anaknya agar selalu saling menyayangi dan saling mengasihi sesama saudara.”
“Ku berikan kebijaksanaan dan kemampuan padanya untuk memberikan pengertian dan kesedaran terhadap anak-anaknya tentang saat kini dan saat mendatang, walaupun seringkali ditentang bahkan dikotak-katikkan oleh anak-anaknya.”
“Ku berikan kebijaksanaan dan kemampuan padanya untuk memberikan pengetahuan dan menyedarkan,bahawa isteri yang baik adalah isteri yang setia terhadap suaminya, isteri yang baik adalah isteri yang senantiasa menemani, dan bersama-sama menghadapi perjalanan hidup baik suka mahupun duka, walaupun seringkali kebijaksanaannya itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada isteri, agar tetap berdiri, bertahan, sepadan dan saling melengkapi serta saling menyayangi.”
“Ku berikan kerutan diwajahnya agar menjadi bukti, bahawa lelaki itu senantiasa berusaha sekuat daya fikirnya untuk mencari dan menemukan cara agar keluarganya dapat hidup didalam keluarga bahagia dan badannya yang terbongkok agar dapat membuktikan, bahawa sebagai lelaki yang bertanggungjawab terhadap seluruh keluarganya, senantiasa berusaha mencurahkan sekuat tenaga serta segenap perasaannya, kekuatannya, kesungguhannya demi kelanjutan hidup keluarganya.”
“Ku berikan kepada lelaki tanggungjawab penuh sebagai pemimpin keluarga, sebagai tiang penyangga ( seri / penyokong ), agar dapat dipergunakan dengan sebaik-baiknya. Dan hanya inilah kelebihan yang dimiliki oleh lelaki, walaupun sebenarnya tanggungjawab ini adalah amanah di dunia dan akhirat.”
Terkejut si anak dari tidurnya dan segera dia berlari, berlutut dan berdoa hingga menjelang subuh. Setelah itu dia hampiri bilik ayahnya yang sedang berdoa, ketika ayahnya berdiri si anak itu menggenggam dan mencium telapak tangan ayahnya.
“Aku mendengar dan merasakan bebanmu, ayah.”
Moralnya...
Bila ayah anda masih hidup jangan sia-siakan kesempatan untuk membuat hatinya gembira. Bila ayah anda telah tiada, jangan putuskan tali siratulrahim yang telah dirintisnya dan doakanlah agar Tuhan selalu menjaganya dengan sebaik-baiknya.

Friday, 11 September 2015

PENGETAHUAN YANG ANDA TIDAK KETAHUI

ADAKAH SOYA BAIK UNTUK KITA ATAU TIDAK?


Banyak juga perkara dan fakta-fakta yang diperbahasan. secara tidak lansung memberi pendedahan kepada admin dan para pembaca sekalian. Kali ini admin akan meletakkan artikel berkenaan soya. terdapat dua artikel yang admin mengharapkan respon dari sahabat-sahabat, sejauh benar kesahihan artikel tersebut. 

ANTARA KEBURUKAN SOYA:


 1. Tinggi kandungan asid phytic yang menghalang penyerapan zat dan mineral di dalam usus. Akibatnya, zat-zat dalam makanan kita makan sehari-hari tak memberi manfaat kerana tak diserap tubuh.

 2. Mengandungi hemaglutinin. Akibatnya, sel darah bercantum sesama sendiri,. Hoh. 
3. Mengandungi goitrogen. Akibatnya, fungsi tiroid menjadi lemah.
 4. Kebanyakan soya adalah genetically modified, tujuannya adalah untuk memperbaiki kualiti dari segi saiz dan macam-macam lah. Tapi malangnya tinggi kandungan racun perosak, dan khasiatnya semulajadinya = ??? 
5. Tinggi kandungan natural toxin iaitu antizat yang menghalang tugas enzim mencerna makanan dalam tubuh. Dan toksin ini tak dapat dimusnahkan melalui proses memasak. Akibatnya:* kembung perut,* kekurangan asid amino,* kerosakan pankreas. Dan akhir sekali, disebabkan unsur antizat yang ada dalam soya. Sesetengah pengeluar hasil soya dorang basuh soya tu dengan asid dalam tangki aluminium nak pastikan antizat tu hilang. Malangnya.. 
6. Wujud unsur heavy metal toxic dalam tubuh badan, dan ia menyebabkan NYANYUK, tahu??

 Untuk pengetahuan, para kafir agen dajjal ni gak mengwar-warkan kebaikan minum soya (sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar),namun sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan.selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara,kanser ovari,kanser prostat,serta melemahkan otak dan tulang sbb dalam soya ada hormon estrogen yang sama dgn estrogen kat wanita. pastu soya ada phytic acid yang membuatkan penyerapan kalsium,magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas.Secara kesimpulannya para kafir ajen Al-Masih Dajjal ni bukan setakat melemahkan kita dari segi lain namun secara pemakanan kita jua. 

    
     Firman Allah:Wahai sekalian manusia!Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik,dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan,kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu. (Surah Al-Baqarah: 168) 

Tempe dan kicap soya adalah baik untuk kesihatan. Kenapa? Sebab.. tempe dan kicap telah melalui proses fermentation atau bahasa melayunya, penapaian. Soya ni cuma tak elok dimakan secara fresh atau mentah, apatah lagi kalau dah diproses menjadi air minuman.

           
                                      

KES : 2 gelas susu soya sehari, dalam masa sebulan, adalah cukup untuk mengubah masa kitaran haid wanita!

 Kacang soya mengandungi satu susunan fotokimia (1) yang mengagumkan, dan susunan yang paling menarik ialah satu chemical bernama isoflavone (2). (1 : komponen yang aktif secara biologi yang terhasil dari tumbuh-tumbuhan.)

 (2 : komponen / sebatian kimia yang dikaji dapat melegakan symptom menopous, mengelak kanser, memperlahankan kadar osteoporosis dan mengurangkan risiko penyakit jantung.) Walaubagaimanapon, kandungan isoflavone ni bukan senang-senang dapat diekstrak dari kacang soya. Hanya selepas menjalani proses penapaian (fermentation) yang lengkap, barulah dapat menghasilkan isoflavone, yang dapat dihadam dengan sempurna dalam sistem penghadaman manusia. Dalam erti kata lain, kacang soya yang tidak menjalani proses penapaian sempurna, mempunyai kurang kandungan isoflavone dan tidak sesuai untuk diminum. Kacang soya juga mengandungi perencat enzim yang menghalang penyerapan tripsin dan enzim lain yang diperlukan tubuh untuk proses penghadaman. Proses memasak yang biasa tak mampu nak mendeaktifkan erencat enzim ini. Keadaan ini sangat berbahaya kerana boleh menyebabkan gastric, kekurangan protein dan asid amino. Secara semulajadinya, semua kekacang mempunyai satu bahan kimia bernama ‘phytic acid (3)’ yang merupakan satu bahan anti-nutrien. Begitu juga dengan kacang soya. Malah, kandungan bahan ini dalam kacang soya adalah lebih berbanding kekacang lain. 
(3 : phytic acid mampu menghalang penyerapan mineral tertentu seperti magnesium, kalsium, zat besi dan zink. Laporan perubatan menunjukkan penduduk Negara Dunia Ketiga yang banyak mengambil kacang soya, mempunyai kekurangan mineral-mineral tersebut dalam badan.) Kacang soya juga mengandungi bahan kimia hemagluttinin
 (4) dan perencat tripsin yang merencatkan pertumbuhan manusia (di peringkat kanak-kanak). Bahan ini dapat di deaktifkan dengan proses penapaian. Antara produk dari kacang soya yang menjalani proses penapaian ialah tempe. (4 : link hemaggluttin ini lah yang membentuk jaringan virus H1N1 dan sekuel-sekuel nya) Tapi, bagi sesetengah produk soya, contoh air soya dan tofu, sebatian perencat ini masih wujud, walaupUn sedikit. Keadaan ini juga bukan satu berita baik untuk kanak-kanak yang mengambil susu berasakan soya. Sesetengah ibu bapa menggantikan susu tepung (susu lembu) dengan susu berasaskan soya, tapi ia bukanlah sebaik yang disangka. Menurut Dr Jill Shneider, Prof Madya Sains & Biologi di Lehigh University, Betlehem, Pensylvania, bayi yang alergik kepada susu lembu tapi diberi susu berasaskan soya merupakan satu keadaan yang berbahaya. Satu kajian makmal dibuat ke

TIPS MENUNTUT ILMU




Assalamualaikum.. hari ni kami nak kongsikan tips untuk kita menuntut ilmu. Kita sebelum nak tuntut ilmu yang penting sekali niat kerana allah. Lagipun, segala kerja yang kita lakukan mestilah dimulakan dengan niat baru diredhai allah! :) Kedua, jaga mata jaga hati jaga iman elakkan diri kita dari melakukan maksiat atau terjebak ke dalamnya. Yelaa.. mestilah korang ade pujaan hati masing-masing lagi-lagi yang satu sekolah tambahan pula satu kelas.. hihihi jangan nak sorok-sorok laa.. Minat, suka, cinta? memang fitrah manusia. Tak dapat dielakkan,. Tetapi kita yang nak tuntut ilmu ni..haruslah menjauhkannya. Ingat jauhi maksiat! Baiklah...ketiga Semangat! Kita nak tuntut ilmu kenalah semangat. Jangan pulak tidur dekat kelas. hihihi.. Sebab takut apa yang korang nak belajar ketinggalan.. Lagi-lagi pelajar asrama kenalah tidur awal taklah semua kerja esok pagi kelam-kabut dengan bangun lambatnya baru nak capai baldi. Sebelum kami undur dulu, kami berharap tips ini bermanfaat untuk kalian semua!! Selamat malam dari kami!! :)


PANTAUAN PEGAWAI YAPIM DAN JPN


Pada hari khamis yang lepas bersamaan 10 September 2015 PEGAWAI YAPIM telah  melawat Musollah Al-Hikmah. Beliau telah meninjau keadaan semasa kami sedang menceriakan musolla.  


Selepas beberapa jam mendapat pantauan dari PEGAWAI YAPIM. Pada waktu zohor pula, kami didatangi oleh Pegawai dari JPN yang bernama Ustaz Najib. Ketika ini beliau bersama seorang ustaz dari sekolah kami, Ustaz Zulfikri sedang menerangkan tentang sudut Al-Hikmah yang telah kami cipta.

Ini adalah diantara barang yang terletak di sudut Al-Hikmah. Sebagai contoh alat tayamum yang telah kami sediakan

Dan ini pula, sebahagian alat daripada pengurusan jenazah yang telah kami sediakan.

Semoga musolla ini dapat kami jayakan dengan jayanya! Doa-doa guru, sahabat sekalian dan juga antum semua. Kami mengharap sangat kejayaan dalam genggaman sekolah kami. Insha Allah!