Assalamualaikum w.b.t .....
Kami ingin mencerita tentang dimana mulanya sejarah sekolah dan Musollah Al-HIKMAH ini ditubuhkan. Pada mulanya SEKOLAH MENENGAH AGAMA ARAB KOTA TINGGI ditubuhkan ini adalah atas desakan ibu bapa yang tinggal di daerah Kota Tinggi yang berminat agar anak-anak mereka mempelajari bahasa arab dan memahami Al-Quran. Maka, suatu perjumpaan dan penubuhan sekolah telah diadakan pada 16 Oktober 1982 bersamaan 27.12.1402 Hijrah atas inisiatif Tuan HJ.MOHAMMAD TAHRIR BIN DATO’ SHAMSUDDIN. Pada masa itu, beliau bertugas sebagai Tuan Kadi Daerah Kota Tinggi (sekarang beliau adalah Timbalan Mufti di Jabatan Agama Islam Negeri Johor).
Bertitik tolak daripada perjumpaan tersebut suatu organiasasi jawatankuasa penaja telah telah ditubuhkan dan Tuan HJ.MOHAMMAD TAHRIR BIN DATO’ SHAMSUDDIN telah dilantik sebagai pengerusi yang pertama bersama ahli jawatankuasa yang lain.
Dalam mesyuarat jawatankuasa kali pertama pada 6 November 1982 telah melantik Tuan Syeikh Mohamad Bin Tahir selaku naib pengerusi tempat yang dikosongkan oleh tuan Syed Ahmad Bin Abdullah.
Pada awalnya sekolah ini menumpang SEKOLAH AGAMA BANDAR dan mula beroperasi pada 2 JANUARI 1983. Pengetua yang pertama ialah Encik Abu Bakar Bin Sakak dengan jumlah pelajar seramai lima puluh lima orang dan tenaga pengajar seramai lima orang.Pada 1 JANUARI 1987, pelajar SEKOLAH ARAB KOTA TINGGI telah berpindah ke bangunan sebelah Masjid Jamek Bandar Kota Tinggi iaitu terdapat 5 buah kelas sahaja. Pengetua asal telah berpindah ke Sekolah Menengah Agama Kerajaan Kluang dan jawatan pengetua telah dipangku oleh cikgu Syed Abu Bakar Bin Syed Hood.
Pada pertengahan Mei 1995, pihak pengurusan ahli jawatankuasa tadbir sekolah telah membina bangunan yang sedia ada sekarang ini dengan tujuan supaya para pelajar dapat menuntut dengan keadaan yang lebih selesa .Berikut adalah risalah pembinaan sekolah ini dari tahun 1992 sehingga 1995
Sedikit demi sedikit pembangunan dapat dicapai walaupun memakan masa yang agak panjang. Peruntukan kewangan merupakan halangan utama dalam usaha pembangunan. Namun begitu, hari ini SEKOLAH MENENGAH AGAMA KOTA TINGGI boleh berbangga kerana telah mendapat pengiktirafan daripada Jabatan Pendidikan Negeri Johor dan Kementerian Malaysia salah sebuah sekolah swasta bantuan kerajaan . Bangunan ini telah siap dibina sepenuhnya pada pertengahan tahun 1999.Bangunan tersebut dibiayai oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor.
Pada 19 JUN 1995, merupakan hari pertama bagi pelajar-pelajar sekolah arab mula belajar dibangunan yang telah dibina di tapak tanah seluas 3.3368 hektar di atas Lot PTB 2103DI Jalan Anggor yang menjadi tapak sekolah ini telah dirasmikan pada 12 Mac 1991 oleh YB DATO’ ANUAR BIN IBRAHIM. Seterusnya, pada tahun 1996 dua buah bangunan rumah guru mengandungi 4 Unit saip dibina dikawasan sekolah. Pada 1997 pula, bangunan asrama 2 tingkat telah dibina bagi kemuadahan pelajar yang tinggal di daerah Kota Tinggi.
Pada mulanya Sekolah Arab Kota Tinggi dibawah kelolaan swasta . Tetapi, pada tahun 2013 pihak telah memohon pihak kerajaan untuk menjadikan Sekolah Arab Kota Tinggi sebagai SABK. Dengan usaha dan kerjasama pihak sekolah , pada awal tahun 2014 sekolah ini Berjaya bersaing sebaris bersama SABK yang lain.
Sedikit demi sedikit pembangunan dapat dicapai walaupun memakan masa yang agak panjang. Peruntukan kewangan merupakan halangan utama dalam usaha pembangunan. Namun begitu, hari ini SEKOLAH MENENGAH AGAMA KOTA TINGGI boleh berbangga kerana telah mendapat pengiktirafan daripada Jabatan Pendidikan Negeri Johor dan Kementerian Malaysia salah sebuah sekolah swasta bantuan kerajaan .
Pada 19 JUN 1995, merupakan hari pertama bagi pelajar-pelajar sekolah arab mula belajar dibangunan yang telah dibina di tapak tanah seluas 3.3368 hektar di atas Lot PTB 2103DI Jalan Anggor yang menjadi tapak sekolah ini telah dirasmikan pada 12 Mac 1991 oleh YB DATO’ ANUAR BIN IBRAHIM. Seterusnya, pada tahun 1996 dua buah bangunan rumah guru mengandungi 4 Unit saip dibina dikawasan sekolah. Pada 1997 pula, bangunan asrama 2 tingkat telah dibina bagi kemuadahan pelajar yang tinggal di daerah Kota Tinggi.
Pada mulanya Sekolah Arab Kota Tinggi dibawah kelolaan swasta . Tetapi, pada tahun 2013 pihak telah memohon pihak kerajaan untuk menjadikan Sekolah Arab Kota Tinggi sebagai SABK. Dengan usaha dan kerjasama pihak sekolah , pada awal tahun 2014 sekolah ini Berjaya bersaing sebaris bersama SABK yang lain.
Dan kini, kami hendak menceritakan tentang sejarah Musollah Al-hikmah yang berada di Sekolah Menengah Agama Arab Kota tinggi pada mulanya berada di sebelah Asrama Putera AL-GHAZALI. Kemudian pada tahun 2013 Musollah Al-hikmah telah dipindahkan di bangunan Blok A iaitu bangunan lama sekolah.
Permintaan terhadap produk berkualiti dilengkapi denagan kemahiran perkomputeran di alam siber ini membuatkan pihak pentadbiran seperti jabatan pihak pentabdiran, seperti jabatan agama islam johor dan majlis agama islam negeri johor memperuntukkan kepeluan peralatan dan tenaga pelajar yang berkualiti bagi kemudahan pengajaran dan pembelajaran . Bahkan guru-guru juga diberikan peluang untuk mengikuti kursus diploma perguruan Malaysia (KDC) dan Kursua Pendidikan Lepasan Ijazah (KPLI) bahagian pendidikan guru tajaan Jabatan Agama Islam NEGERI JOHOR.
Sekolah Menegah Agama Kota Tinggi yang dulunya dikenali sebagai Sekolah Arab Kota Tinggi telah mendapat ‘’ Anugerah Kecemerlangan Sekolah peringkat Negeri Johor’’ sempena Hari Guru Sekolah-Sekolah Agama Negeri Johor pada tahun 2000 dan seterusnya ditukar kepada nama Sekolah Menegah Agama Kota Tinggi. Pada tahun 2004 sekolah ini juga telah dianugerahkan Sekolah Cemerlang, PIBG Cemerlang peringkat daerah Kota Tinggi manakala peringkat negeri dianugerahkan Sekolah Harapan. Pada tahun 2002 juga SMAKT telah terpilih di antara 20 buah Sekolah-Sekolah Menegah Agama Negeri Johor untuk melaksanakn kelas pengajian Tahfiz Al-Quran yang dianjurkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri Johor. Kini Sekolah Menengah Agama Kota Tinggi telah berusia lebih 20 tahun dengan bilangan pelajar seramai 430 orang dan guru seramai 29 orang yang terdiri daripada dua bidang iaitu Akademik dan Arab. Guru-gurunya pula terdiri dari tempatan mereka yang berkelulusan ijazah tempatan dan juga luar negeri. Banyak perubahan yang berlaku dalam tempoh dua puluh tahun ini terutama dari segi kurikulum, ko-kurikulum dan perubahan dari segi Pengajaran dan Pembelajaran sealiran dengan pembaharuan yang telah dibawa oleh golongan pendidik di sekolah ini. Jika dulu dikatakan sekolah ini sering tercicir tetapi kini sekolah ini sedah standing dengan sekolah di bawah Kementerian Pendidikan. Kini Sekolah Menegah Agama Kota Tinggi telah melahirkan ramai graduan yang Berjaya di universiti –universiti tempatan dan luar negeri dalam bidang agama dan akademik.
Walaupun berteraskan Pengajian Agama dan Bahasa Arab sebagai matlamat pendidikan, namun kurikulum dan ko-kurikulum peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia tetap merupakan asas dalam pengajaran dan pembelajaran sekolah ini. Bagi memartabatkan kegiatan sukan dan ilmiah di peringkat sekolah dan zon ke peringkat yang lebih tinggi iaitu Peringkat kebangsaan, pihak Jabatan Agama Islam Negeri Johor telah mengadakan Majlis Sukan dan Ilmiah Sekolah-Sekolah Menegah Agama Malaysia (MASISUMA) Zon Selatan bagi negeri Pahang, Johor, Melaka dan Selangor.
SEJARAH PENUBUHAN MUSOLLA AL-HIKMAH
Musollah Al-Hikmah pada mulanya didirikan bersebelahan dengan Asrama Aspura Al-Ghazali dari tahun 2010 sehingga 2012. Kemudian pada tahun 2013, Musollah Al-hikmah telah dipindahkan di bahagian Blok A iaitu bangunan lama sekolah. Pada dulunya, sebelum musolla ini dipindahkan ke bangunan lama, keadaan musolla itu adalah kelas.
Musolla Al-hikmah selalunya digunakan oleh pelajar asrama aspura bagi mereka menunaikan solat fardhu.Pada tahun 2014 musolla telah terlibat dalam surau imarah pada peringkat negeri dan telah mencapai kedudukan johan. Pada awal tahun 2015 Musolla Al-Hikmah telah menyertai pertandingan surau imarah peringkat kebangsaan. Alhamdulillah. Pada tahun 2016 adalah penentu bagi Musolla Al-hikmah sama ada menduduki johan atau naib johan. Kakitangan sekolah dan guru-guru turut bersama menjayakan Musolla Al-Hikmah.

No comments:
Post a Comment