FADHILAT ISI SOLAT SUNAT FAJAR SEBELUM SOLAT SUBUH
Assalamualaikum.. :)
Hai pembaca sekalian! Antum semua sihat? Alhamdulillah.. kami berharap semuanya dalam keadaan yang sihat. Hari ini kami nak berkongsi sedikit tazkirah ringkas yang kami dengar sebentar tadi di Musolla Al-Hikmah. Haa? Selama ini solat subuh kita tahu ke kebaikan solat 2 rakaat yang kita lakukan setiap pagi dan setiap hari?
Sabda nabi , solat sunat FAJAR subuh 2 rakaat lebih baik dari dunia dan isi-isinya. Di situlah ada reda Allah. Bila Allah redha kita maka di situlah kebaikan yang melebihi segala2nya. Kita start enjin tiap2 pagi pergi kerja, dapat banyak itu juga sedangkan yang memberi rezeki itu adalah Allah. Sepatutnya solat 2 rakaat sebelum subuh itu yangg kita kejar dan rebut dulu diikuti dengan solat subuh berjamaah.
Allah sembunyikan redaNya dalam ketaatan hambaNya. Banyak habuan dari Allah kepada kita tapi kita tak perasan dan lupa hasil dari redha Allah.
Fadhilat kita solat sunat, sedekah, bantu mangsa banjir , berjihad, berdakwah dan seumpamanya telah kita perolehi tanpa kita sedar. Kita dapat rasakan kalau kita perhalusi dan berfikir.
Ada seorang budak sampai 5 kali ulang alik dari Kuala Lumpur ke Kelantan membantu mangsa banjir. Dia seorang yang rajin bekerja, rajin beribadat maka Allah kurniakan kepadanya jiwa yang kasih dan sayang kepada manusia serta kuat beribadat.
Dari satu segi, Allah bukan sahaja menguji mangsa banjir, mangsa perang palestin tetapi Allah uji manusia lain yang tidak terlibat. Adakah mereka prihatin, adakah mereka insaf, ingat dan menghulurkan bantuan seikhlasnya. Maka redha Allah akan turun kepada orang yang baik.
Sihir - Zikir dan solat adalah pelindung juga dari sihir. Jagalah kualiti solat. Solatlah secara berjemaah. Telah berlaku kejadian benar apabila seseorang mengadu kepada ustaz , gelas yang dipegang untuk minum pecah tiba-tiba. Ini menandakan terdapat sihir di dalam minuman itu dan amalan zikir dan solatnya telah melindunginya dari terkena sihir dari minuman tersebut.
Maka orang-orang yang meninggalkan ibadat hidup mereka adalah sebaliknya–di timpa kerugian dan kesusahan.
Maka bersungguh2lah beramal ibadat walau dengan memberi salam dan bertegur sapa.
Kisah benar, seorang insan yang kerap memberi salam kepada seorang uz (uz isa) walaupun orang tersebut dgn berseluar pendek sambil cuci kereta , akhirnya pada satu hari dia datang ke mesjid hingga menjadi orang kuat mesjid berkat amal baiknya memberi salam.
Jagalah setiap amal baik kita baik sekecil2nya hingga sebesar2nya kerana habuan Allah akan datang dalam hidup kita.
Alhamdulillah sampai disini sahaja perkongsian dari kami. Kita jumpa lagi lain kali dalam slot TINTA DAI' !!
No comments:
Post a Comment