Wednesday, 9 September 2015

TINTA DAI'

https://farm7.staticflickr.com/6009/5902970519_267050daac_z.jpg

 Apabila kita REDHA pada sesuatu yang mengecewakan hati kita,maka percayalah ALLLAH akan menggantikan kekecewaan itu dengan sesuatu yang tidak dijangka
#tinta dai'musollah Al Hikmah :)

ANTARA ORANG YANG MENDAPAT DOA MALAIKAT


 

 SOBHAKHUL KHOIR! Pagi yang mulia ini kami hendak kongsi dengan semua  antara-antara golongan yang mendapat doa para malaikat...
Sebelum kami kongsikan.. Nak cerita sikit kami dari AJK MUSOLLAH AL-HIKMAH bersyukur hari demi hari musollah kami semakin ceria dan blog kami semakin hari hari semakin ramai pageviews! Alhamdulillah... Ini hasil titik peluh guru2 dan ustaz ustazah kami yang berjuang untuk menjayakan musollah kami johan diperingkat kebangsaan. Insha Allah.Semoga apa yang kami lakukan diredhai oleh Allah S.W.T. Doakan kami agar kejayaan dalam tangan kami.....

Bismilahirahmanirrahim....




1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.

Rasulullah s.a..w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: "Ya Allah, ampunilah hamba-Mu
si fulan kerana tidur dalam keadaan suci."

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: 'Ya Allah,
ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.'"

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan."

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf."

5. Kalangan malaikat mengucapkan 'amin' ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Jika seorang imam membaca...(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu 'aamiin' kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan
malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu."

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat."

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke
langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.

"Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal
lalu Allah bertanya kepada mereka: "Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?"

Mereka menjawab: 'Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.'"

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat
yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata 'aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.'"

9. Orang yang membelanjakan harta (infak).

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: 'Ya Allah, berikanlah
ganti bagi orang yang berinfak...'"

10. Orang yang sedang makan sahur.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur."

11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan
di waktu malam hingga Subuh."

Itulah antara mereka yang mendapat doa malaikat. Semoga kita termasuk dan tersenarai sama.

Aminn...


SEKITAR PROSES KECERIAAN SURAU IMARAH

USAHA SEHABIS BAIK

Keadaan sebelum sudut bacaan bahagian belakang Musollah Al-Hikmah.

                    Dan....... TADA!!.. Akhirnya berjaya dicantikkan...Hasil kreatif para guru dan pelajar..Inilah yang dikatakan bersatu kita teguh bercerai kita roboh...

Guru-guru Sekolah Menengah Agama Kota Tinggi sedang berbincang bagaimana cara untuk mengimarahkan lagi Musolla Al-Hikmah.

Seorang pelajar (smakt) sedang mengecat dinding dengan menggunakan warna merah jambu bagi memperbaharui cat yang lama. Hihihi...Semoga lepas ini Musollah kami kelihatan lebih cantik!'

Musollah AL-hikmah turut menyediakan sudut Al-hikmah dibahagian luar musolla bagi pelajar duduk sambil menambah ilmu pengetahuan mereka. :) 




DISINYA SEJARAH TERCIPTA

 Assalammualaikum.. hari ni kami nak cerita pemandangan kat luar Musollah kami :) board ditempah di Batrisyah Enterprise. Pekerja daripada Batrisyah sedang memasang board itu.
 Inilah pemandangan dalam surau sebelum berlaku proses pengubahsuaian.Alhamdulilah semuanya berjalan dengan lancar.
Tadaaaaaaa!! inilah hasilnya...Subhanna Allah cantiik nya.Semua kerja dilakukan dgn begitu teliti dan kemas..sangat memuaskan!!! kami bagi 5 BINTANG hureiiiiiiii

Tuesday, 8 September 2015

FADHILAT SURAH KAHFI


10 ayat pertama dan terakhir Surah Al Kahfi beserta Terjemahan

FADHILAT AYAT 10 PERTAMA DAN 10 AYAT TERAKHIR ORANG YANG MEMBACA SURAH AL-KAHFI

Dari Abu Darda' r.a., Nabi SAW bersabda, 
"Barang siapa membaca 10 ayat terakhir dari surat Al-Kahf, maka ia terlindung dari fitnah Dajjal." 
(Hadis Riwayat Ahmad)

10 Ayat Pertama Surah Al-Kahfi

Bismillahirrahmanirrahim
(dengan nama Allah yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani)

1. Alhamdu lillahi allathee anzala AAalaAAabdihi alkitaba walam yajAAal lahu AAiwajan

(Segala puji bagi Allah yang telah menurunkan kepada hamba-Nya Al Kitab (Al-Qur'an) dan Dia tidak mengadakan kebengkokan di dalamnya)

2. Qayyiman liyunthira ba/san shadeedan min ladunhu wayubashshiraalmu/mineena allatheena yaAAmaloona alssalihati anna lahum ajran hasanan
(sebagai bimbingan yang lurus, untuk memperingatkan seksaan yang sangat pedih dari sisi Allah dan memberi berita gembira kepada orang-orang yang beriman, yang mengerjakan amal soleh, bahawa mereka akan mendapat pembalasan yang baik,) 

3. Makitheena feehi abadan
(mereka kekal di dalamnya untuk selama-lamanya.) 

4. Wayunthira allatheena qaloo ittakhatha Allahuwaladan
(Dan untuk memperingatkan kepada orang-orang yang berkata: "Allah mengambil seorang anak.") 

5. Ma lahum bihi min AAilmin wala li-aba-ihimkaburat kalimatan takhruju min afwahihim in yaqooloona illa kathiban
(Mereka sekali-kali tidak mempunyai pengetahuan tentang hal itu, begitu pula nenek moyang mereka. Alangkah buruknya kata-kata yang keluar dari mulut mereka; mereka tidak mengatakan (sesuatu) kecuali dusta.) 

6. FalaAAallaka bakhiAAun nafsaka AAala atharihimin lam yu/minoo bihatha alhadeethi asafan
(Maka (apakah) barangkali kamu akan membunuh dirimu kerana bersedih hati setelah mereka berpaling, sekiranya mereka tidak beriman kepada keterangan ini (Al-Qur'an)) 

7. Inna jaAAalna ma AAala al-ardizeenatan laha linabluwahum ayyuhum ahsanu AAamalan
(Sesungguhnya Kami telah menjadikan apa yang di bumi sebagai perhiasan baginya, agar Kami menguji mereka siapakah di antara mereka yang terbaik perbuatannya.) 

8. Wa-inna lajaAAiloona ma AAalayha saAAeedanjuruzan
(Dan sesungguhnya Kami akan jadikan apa yang ada di bumi itu (punah-ranah) sebagai tanah yang tandus.) 

9. Am hasibta anna as-haba alkahfi waalrraqeemi kanoo min ayatinaAAajaban
(Adakah engkau menyangka (wahai Muhammad), bahawa kisah “Ashaabul Kahfi” dan “Ar-Raqiim” itu sahaja yang menakjubkan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Kami?) 

10. Ith awa alfityatu ila alkahfi faqaloo rabbanaatina min ladunka rahmatan wahayyi/ lana min amrinarashadan
(Ingatkanlah peristiwa) ketika serombongan orang-orang muda pergi ke gua, lalu mereka berdoa: “Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami”.)

10 Ayat Terakhir Surah Al-Kahfi


101. Allatheena kanat aAAyunuhum fee ghita-in AAan thikreewakanoo la yastateeAAoona samAAan

(Iaitu) orang-orang yang matanya telah tertutup daripada melihat tanda-tanda yang membawa kepada mengingatiKu, dan mereka pula tidak dapat mendengar sama sekali.) 

102. Afahasiba allatheena kafaroo an yattakhithoo AAibadeemin doonee awliyaa inna aAAtadna jahannama lilkafireenanuzulan
(Maka adakah orang-orang kafir menyangka bahawa mereka mengambil hamba-hambaKu sebagai makhluk-makhluk yang disembah, selain daripadaKu, dapat menolong mereka? Sesungguhnya Kami telah sediakan neraka Jahannam bagi orang-orang kafir itu sebagai tempat tetamu.)

103. Qul hal nunabbi-okum bial-akhsareenaaAAmalan
(Katakanlah (wahai Muhammad): “Mahukah Kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang yang paling rugi amal-amal perbuatannya?) 

104. Allatheena dalla saAAyuhum fee alhayati alddunya wahum yahsaboona annahum yuhsinoonasunAAan
(Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan”.) 

105. Ola-ika allatheena kafaroo bi-ayatirabbihim waliqa-ihi fahabitat aAAmaluhum falanuqeemu lahum yawma alqiyamati waznan
(Merekalah orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat Tuhan mereka dan akan pertemuan denganNya; oleh itu gugurlah amal-amal mereka; maka akibatya Kami tidak akan memberi sebarang timbangan untuk menilai amal mereka, pada hari qiamat kelak.) 

106. Thalika jazaohum jahannamu bima kafaroo waittakhathoo ayatee warusuleehuzuwan
((Mereka yang bersifat) demikian, balasannya neraka Jahannam, disebabkan mereka kufur ingkar, dan mereka pula menjadikan ayat-ayatKu dan Rasul-rasulKu sebagai ejek-ejekan.) 

107. Inna allatheena amanoo waAAamiloo alssalihati kanat lahum jannatualfirdawsi nuzulan
(Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, disediakan bagi mereka Syurga-syurga Firdaus, sebagai tempat tetamu (yang serba mewah).) 

108. Khalideena feeha la yabghoona AAanha hiwalan
(Mereka kekal di dalamnya, (dan) tidak ingin berpindah daripadanya.) 

109. Qul law kana albahru midadan likalimatirabbee lanafida albahru qabla an tanfada kalimatu rabbee walawji/na bimithlihi madadan
(Katakanlah (wahai Muhammad): “Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis Kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis Kalimah-kalimah Tuhanku, walaupun Kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya, sebagai bantuan”.) 

110. Qul innama ana basharun mithlukum yooha ilayya annamailahukum ilahun wahidun faman kana yarjoo liqaarabbihi falyaAAmal AAamalan salihan wala yushrik biAAibadatirabbihi ahadan
(Katakanlah (wahai Muhammad): “Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu; Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya”.)
Rasulullah saw bersabda:“Barangsiapa yang membaca sepuluh ayat dari surat Al-Kahfi, ia tidak akan terkena bahaya fitnah Dajjal, barangsiapa yang membaca seluruh ayatnya ia akan masuk surga.” Hadis ini bersumber dari Sammarah bin Jundab dari Nabi saw. (Tafsir Nur Ats-Tsaqalayn 3: 242)
Rasulullah saw bersabda:“Barangsiapa yang menjaga sepuluh ayat dari surat Al-Kahfi, ia akan memiliki cahaya pada hari kiamat.” Hadis ini bersumber dari Abu Darda’ dari Nabi saw. (Tafsir Nur Ats-Tsaqalayn 3: 243)
Rasulullah saw bersabda:“Barangsiapa yang membaca surat Al-Kahfi pada hari Jum’at, ia akan terjaga hingga tahun berikutnya dari setiap fitnah, dan jika Dajjal keluar ia akan terjaga darinya.” Hadis ini bersumber dari Said bin Muhammad Al-Jurmi dari ayahnya dari kakeknya dari Nabi saw. (Tafsir Nur Ats-Tsaqalayn 3: 243)
http://hasanhusein.blogspot.com/…/keutamaan-surat-al-kahfi-…
Manfaat lain surat Al-Kahfi yang telah dijelaskan Nabi shallallahu 'alaihi wasallam adalah untuk menangkal fitnah Dajjal. Yaitu dengan membaca dan menghafal beberapa ayat dari surat Al-Kahfi. Sebagian riwayat menerangkan sepuluh yang pertama, sebagian keterangan lagi sepuluh ayat terakhir.
Imam Muslim meriwayatkan dari hadits al-Nawas bin Sam’an yang cukup panjang, yang di dalam riwayat tersebut Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda, “Maka barangsiapa di antara kamu yang mendapatinya (mendapati zaman Dajjal) hendaknya ia membacakan atasnya ayat-ayat permulaan surat al-Kahfi.”

ALHAMDULILLAH PERKONGSIAN DARI KAMI :) SEMOGA BERMANFAAT UNTUK KALIAN SEMUA!