ANTARA ORANG YANG MENDAPAT DOA MALAIKAT
SOBHAKHUL KHOIR! Pagi yang mulia ini kami hendak kongsi dengan semua antara-antara golongan yang mendapat doa para malaikat...
Sebelum kami kongsikan.. Nak cerita sikit kami dari AJK MUSOLLAH AL-HIKMAH bersyukur hari demi hari musollah kami semakin ceria dan blog kami semakin hari hari semakin ramai pageviews! Alhamdulillah... Ini hasil titik peluh guru2 dan ustaz ustazah kami yang berjuang untuk menjayakan musollah kami johan diperingkat kebangsaan. Insha Allah.Semoga apa yang kami lakukan diredhai oleh Allah S.W.T. Doakan kami agar kejayaan dalam tangan kami.....
Bismilahirahmanirrahim....
1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.
Rasulullah
s.a..w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci,
malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun
hingga malaikat berdoa: "Ya Allah, ampunilah hamba-Mu
si fulan kerana tidur dalam keadaan suci."
2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.
Rasulullah
s.a.w bersabda maksudnya: "Tidaklah salah seorang antara kalian yang
duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali
kalangan malaikat akan mendoakannya: 'Ya Allah,
ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.'"
3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.
Rasulullah
s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan
malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan."
4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).
Rasulullah
s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat
selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf."
5. Kalangan malaikat mengucapkan 'amin' ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.
Rasulullah
s.a.w bersabda maksudnya: "Jika seorang imam membaca...(ayat terakhir
al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu 'aamiin' kerana
sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan
malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu."
6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.
Rasulullah
s.a.w bersabda, maksudnya: "Kalangan malaikat akan selalu berselawat
kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana
ia melakukan solat."
7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.
Rasulullah
s.a.w bersabda maksudnya: "Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat
Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah
bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke
langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.
"Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar
dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik
(ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap
tinggal
lalu Allah bertanya kepada mereka: "Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?"
Mereka
menjawab: 'Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan
kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat,
ampunilah mereka pada hari kiamat.'"
8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.
Rasulullah
s.a.w bersabda, maksudnya: "Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang
dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan
dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat
yang menjadi wakil
baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah
kebaikan, malaikat itu berkata 'aamiin dan engkau pun mendapatkan apa
yang ia dapatkan.'"
9. Orang yang membelanjakan harta (infak).
Rasulullah
s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidak satu hari pun di mana pagi harinya
seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu
antara kedua-duanya berkata: 'Ya Allah, berikanlah
ganti bagi orang yang berinfak...'"
10. Orang yang sedang makan sahur.
Rasulullah
s.a.w bersabda maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan
malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur."
11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.
Rasulullah
s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidaklah seorang mukmin menjenguk
saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang
akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan
di waktu malam hingga Subuh."
Itulah antara mereka yang mendapat doa malaikat. Semoga kita termasuk dan tersenarai sama.
Aminn...
No comments:
Post a Comment