Hari ini kami nak kongsikan sedikit sebelum tidur. Tidak salah sebelem tidur kita mengambil air wuduk. Baiklah ini adalah fadhilat orang yang mengambil air wuduk sebelum tidur. Sambil-sambil kita berwuduk sebelum tidur itu juga salah satu amalan sunnah yang dilakukan Rasulullah S.A.W. Selamat Membaca!
Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa tidur dimalam hari dalam keadaan suci (berwudhu ') maka Malaikat akan tetap mengikuti, lalu ketika ia bangun nescaya Malaikat itu akan berucap' Ya Allah ampunilah hamba mu si fulan, kerana ia tidur di malam hari dalam keadaan selalu suci , "(HR Ibnu Hibban dari Ibnu Umar ra).
Berwuduk mempunyai manfaat yang sangat besar. Bahkan ulama fikih menjelaskan hikmah wudhu sebagai sebahagian dari usaha untuk memelihara kebersihan fizikal dan rohani.
Sudah tentu setiap perintah Allah SWT itu mempunyai hikmah kebaikan disebaliknya. Dalam sekali aktiviti berwudhu, lima pancaindera terkena semua tanpa terkecuali disapu oleh air wudhu. Mata, hidung, telinga & seluruh kulit tubuh. Ini betul-betul luar biasa!.
Muhammad Kamil Abd Al-Shomad, memetik sumber dari Al-I'jaz Al-Ilmiy fi Al-Islam wa Al-Sunnah AlNabawiyah, menjelaskan bahawa manfaat semua hal yang diperintahkan dalam wudhu sangatlah besar bagi tubuh manusia. Mulai dari membasuh tangan dan menyela-nyela jari, berkumur-kumur, memasukkan air ke dalam lubang hidung, membasuh muka, membasuh kedua tangan sampai siku, mengusap kepala, membasuh telinga, hingga membasuh kaki hingga mata kaki.
Lalu, bagaimana jika berwudhu dilakukan sebelum tidur? Nah, para pakar kesihatan di dunia sentiasa menganjurkan agar kita mencuci kaki mulut dan muka sebelum tidur. Bahkan, sejumlah pakar kecantikan menghasilkan alat kecantikan agar dapat menjaga kesihatan kulit muka.
Di samping itu tentunya anjuran untuk berwudhu juga mengandungi nilai ibadah yang tinggi. Jika seseorang berada dalam keadaan suci, bererti dia dekat dengan Allah. Kerana Allah akan dekat dan cinta kepada orang-orang yang berada dalam keadaan suci.
Khasiat berwuduk sebelum tidur
Pertama, menenangkan otot-otot sebelum berehat. Mungkin tidak terlalu banyak penjelasan. Boleh dibuktikan dalam ilmu perubatan bahawa percikan air wudhu itu merupakan suatu kaedah atau cara mengendurkan otot-otot yang kaku dalam beraktiviti. Kesan positifnya jika seseorang itu telah melakukan wudhu, maka fikiran kita akan terasa tenang. Badan tidak akan terasa letih.
Kedua, mencerahkan kulit wajah. Wudhu dapat mencerahkan kulit wajah kerana prestasi wuduk ini menghilangkan kotoran dalam kulit. Kotoran-kotoran yang melekat pada kulit wajah kita akan sentiasa hilang dan tentunya wajah kita menjadi cerah dan bersih.
Ketiga, didoakan malaikat. Malaikat akan sentiasa berdoa memohon perlindungan kepada umat muslim yang sentiasa berwudhu sebelum tidur. Malaikat adalah makhluk yang sentiasa berzikir kepada Allah. Nescaya doanya akan sentiasa dikabulkan oleh Allah. Oleh kerana itu, sentiasa lah berwudhu.
Fadilat dan kelebihan wudhu’
1.Orang yang tidur dalam keadaan berwuduk pahalanya seperti berpuasa.
2.Orang yang wuduk sebelum tidur, Malaikat tidur bersamanya.
3.Nabi kenal umatnya melalui cahaya wuduk. Wuduk selepas wuduk yang belum batal umpama Cahaya atas cahaya (Nur ala nur) , sudah cerah lagi bersuluh.
4.Doa selepas wuduk gugurkan dosa.
5.Wuduk menjadi kafarah, menghapus dosa antara 2 waktu solat.
6.Air wuduk dan mandi junub menghasilkan malaikat yang berdoa dan minta ampun untuk tuannya.
Makruh wudhu :
Apabila mengambil wudhu dengan air panas . Maksudnya, Air yang dijemur dibawah matahari kerana boleh mewarisi penyakit sopak. (Kalau kita mengambil wudhu guna “water heater” tidak makruh.)
TAPI hanya dinegara yang panas sahaja seperti Negara Arab bukan Malaysia.
No comments:
Post a Comment