Thursday, 10 September 2015

Realiti Kejayaan #RenungkanSejenak


             Assalamualaikum, apa khabar semua? Anda semua mesti busy kan? Allahu Akbar! Kita memang seringkali sibuk dengan hal-hal berkaitan duniawi. Namun tanggungjawab kita sebagai seorang muslim tidak boleh kita pandang remeh. Oleh itu, mari kita sama-sama kita luangkan sedikit masa untuk membaca sedikit pesanan dari saya. Mengejar dan mencapai  kejayaan boleh dikatakan matlamat hidup setiap insan tidak kira bangsa dan agama. Jika dikatakan tentang kejayaan, apakah yang terlintas di fikiran anda semua? Tentu anda semua sedang terfikirkan tentang mendapat keputusan yang cemerlang bagi seorang pelajar, mendapat kerja yang baik serta gaji yang lumayan seterusnya  memiliki harta yang melimpah ruah dan menikmati kesenangan hidup bukan? Itu adalah lumrah dan fitrah hidup yang Allah berikan pada sekelian manusia. Namun begitu, sebagai individu muslim kita tidak sepatutnya berfikiran seperti katak dibawah tempurung. Mengapa saya katakan begitu? Ini kerana, sebagai muslim kita sewajarnya menetapkan keredaan Allah itu sebagai matlamat yang perlu kejar dan dicapai dalam kehidupan. Tidak kira apa jua yang dilakukan belajar, bekerja mahupun memiliki harta yang banyak sekalipun mestilah menjadikan keredaan Allah itu sebagai tunjang yang kukuh barulah kita dikatakan berjaya dalam hidup. Reda Allah itu merupakan kunci kejayaan makhluk ciptaanNya. Jika apa yang kita lakukan itu deredai Allah, maka tidak sia-sialah ia. Takkan kita hidup didunia ni semata-mata tanpa matlamat dan tujuan? Jadi mulai pada saat ini, ubahlah matlamt anda dan jadikan reda Allah asas yang ampuh bagi setiap pekerjaan yang dilakukan.    Jadikan Islam itu sebagai asas peribadi. Amalkanlah rukun Islam secara komited mudah-mudahan hidup anda sentiasa diberkati Allah tuhan yang maha Agung. Wallahu a'lam.




No comments:

Post a Comment