Alhamdulillah syukur.. ini inspirasi dari surau musolla kami inilah bekalan tinggalan buat anak-anak cucu smakt Ini peringatan buat diriku dan dirimu, baca al mulk menerangi kuburmu, baca bismillah melebihi segala yang ada di bumi dan di langit biru..
Tuesday, 12 January 2016
wahai Rasul kami rindu padamu
Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. dengan namaMu ya Allah hurabbi, yang ku sebut selalu, dengan namaMu ya Allah hurabbi, yangku ingat selalu, Maha suci Engkau ya Allah hurabbi yang Maha Besar dengan kepujian, Maha suci Engkau ya Allah...
Alhamdulillah syukur.. ini inspirasi dari surau musolla kami inilah bekalan tinggalan buat anak-anak cucu smakt Ini peringatan buat diriku dan dirimu, baca al mulk menerangi kuburmu, baca bismillah melebihi segala yang ada di bumi dan di langit biru..
Alhamdulillah syukur.. ini inspirasi dari surau musolla kami inilah bekalan tinggalan buat anak-anak cucu smakt Ini peringatan buat diriku dan dirimu, baca al mulk menerangi kuburmu, baca bismillah melebihi segala yang ada di bumi dan di langit biru..
FADHILAH AYAT KURSI
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Ayat 255 dari Surah Al-Baqarah yang lebih dikenali sebagai‘Ayat Al-Kursi’ ini juga digelar ‘Penghulu Segala Ayat Al-Quran’.
Ayat ini diturunkan selepas hijrah Nabi Muhammad SAW, dengan diiringi oleh beribu-ribu malaikat karena kebesaran dan kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga telah menjadi gempar kerana adanya satu alamat yang menjadi perintang dalam perjuangan mereka. Maka Rasulullah SAW dengan segera memerintahkan Zaid bin Tsabit (penulis Al-Quran) agar menulis serta menyebarkannya.
Ayat ini disebut ‘Ayat Kursi’ kerana di dalamnya terdapat perkataan ‘KURSI’, bermaksud‘Tempat Duduk Yang Megah Lagi Yang Mempunyai Martabat’. Iaitu syiar ataskebesaran Tuhan yang meliputi 7 lapis langit dan 7 lapis bumi.
.
Lafaz bacaan dari huruf Arab ke huruf Rumi:
Allahu Laa Ilaaha Illa Huwal Hayyul Qayyumu. Laa Ta’khudzuhuu Sinatuw Wa Laa Nauum. Lahuu Maa Fissamaawaati Wa Maa Fil Ardh. Man Dzal Ladzii Yasfa’u ‘Indahuu Illaa Bi Idznihi. Ya’lamu Maa Baina Aidiihim Wa Maa Khalfahum. Wa Laa Yuhi Thuuna Bi Syai-In Min ‘Ilmihii Illaa Bi Maasyaa-A. Wasi’a Kursiyyuhussamaawaati Wal Ardha. Wa Laa Ya-Udhuu Hifzhuhumaa Wahuwal ‘Aliyyul Azhiim.
.
.
Hikmat Ayat Al-Kursi (Kekuasaan Allah)
Ayat Kursi adalah seutama-utama ayat dalam Al-Quran. Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam menyuruh kita mengamalkan membaca surah Kursi. Fadhilat dan kehebatan ayat ini telah diterangkan dalam 99 hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim dan lain-lain. Antaranya adalah:
- Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana Dia memelihara Nabi Muhammad SAW.
- Sesiapa berwudhuk lalu membaca ayat Al-Kursi sekali, nescaya Allah akan meninggikan darjatnya setinggi 40 darjat dan Allah akan mendatangkan para malaikat menurut bilangan hurufnya, seraya berdoa untuk sipembaca sehinggalah ke hari Qiamat.
- Sesiapa membaca Al-Qursi sebelum keluar rumah, maka Allah mengutuskan 70 000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan untuknya.
- Sesiapa sentiasa membaca ayat Al-Kursi, nescaya Allah akan kurniakan kepada ahli rumahnya kebaikkan yang tidak terhitung banyaknya.
- Membacanya dapat menghilangkan rasa marah, dijauhi bala bencana dan gangguan syaitan.
- Sesiapa membacanya ketika dalam kesempitan nescaya Allah azza wa jalla akan memberikan pertolongan kepadanya dan jika seseorang itu miskin akan menjadi kaya.
- Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakirandidepan matanya.
- “Sesiapa dikalangan umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan solat sunat dua rakaat, Allah memelihara daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar.”
- Sesiapa membacanya nescaya Allah mengutuskan malaikat untuk menulis kebaikannya danmenghapuskan keburukannya dari detik itu sampai esok hari,
- Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, InsyaAllah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar.
11. Sesiapa membaca ayat Al-Kursi sebanyak 170 kali:
- Di tengah malam atau dikuti solat Hajat, Insya Allah berhasil hajatnya.
- Memperolehi hidayah dan petunjuk dari Allah Subhanahu wa Ta’ala.
- Meningkatkan kecerdikan dan terang hati.
- Terlepas dari masalah dan kesukaran serta dimudahkan rezeki dan cita-cita.
.
12. Sesiapa membaca ayat Al-Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas solat fardhu, ia akan;
- Berada dalam lindungan Allah hingga solat yang lain dan terpelihara daripadatipudaya dan ganguan syaitan.
- Allah menganugerahkannya hati-hati orang yang bersyukur, setiap perbuatan orang yang benar, pahala para nabi juga dilimpahkan padanya rahmat.
- Allah akan mengambil rohnya seperti orang yang berperang bersama para nabi sehingga mati syahid.
- Terpelihara dari kekerasan malaikat maut dan dibangkitkan bersama para Mujahid yang berjihad beserta para Anbiya.
- Allah Azza Wa Jalla tidak menegah akan dia daripada masuk syurga.
- Dikurniakan pahala seumpama pahala orang yang muttaqin dan pahala balasan amal orang-orang siddiqin iaitu syurga.
.
13. Sesiapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya;
- Allah SWT. mewakilkan dua Malaikat memeliharanya dan menjaga selama tidurnya hingga subuh.
- Allah akan membuka pintu rahmat baginya hingga ke Subuh, dan mengurniakan kota nur menurut bilangan rambut dibadannya.
- Terselamat dari kecurian, kebakaran dan kekaraman.
- Allah mengurniakan keselamatan kepadanya dan jiran- jirannya.
- Jika sipembacanya meninggal dunia pada malam itu, ia dikira mati syahid.
.
14. Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan;
- Mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan.
- Terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah.
- Allah akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya.
.
Bacaan Ayatul Kursi
.
.
.
Khasiat Ayat Kursi:
Khasiat menurut ramai alim ulama terdahulu, antaranya;
- Syeikh Abul ‘Abas Al-Bunni menerangkan: “Sesiapa membaca ayat Kursi sebanyak hitungan kata-katanya (50 kali), lalu ditiupkan pada air hujan kemudian diminumnya, Insya Allah,dicerdaskan akal fikirannya dan dimudahkannya menerima ilmu pengetahuan.
- Mengikut keterangan dari kitab “Asraarul Mufidah” sesiapa mengamalkan membaca ayat kursi setiap hari sebanyak 18 kali; Insya Allah ia akan hidup berjiwa tauhid, dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjat danmartabatnya, diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya sertaterpelihara ia dari segala bencana.
- Syeikh Al-Bunni menerangkan: Sesiapa yang membaca ayat Kursi sebanyak hitungan hurufnya (170 huruf), maka Insya Allah, Tuhan akan memberi pertolongan dalam segala hal dan menunaikan segala hajatnya, dan melapangkan fikirannya, diluluskan rezekinya, dihilangkan kedukaannya dan diberikan apa yang dituntutnya.
- Syeikh Buni menerangkan: sesiapa yang takut terhadap serangan musuh hendaklah ia membuat garis lingkaran dengan isyarat nafas sambil membaca ayat Kursi. Kemudian ia masuk bersama jamaahnya ke dalam garis lingkaran tersebut menghadap ke arah musuh, sambil membaca ayat Kursi sebanyak 50 kali, atau sebanayk 170 kali, Insya Allah musuh tidak akan melihatnya dan tidak akan memudharatkannya.
- Syeikul Kabir Muhyiddin Ibnul Arabi menerangkan bahawa; sesiapa yang membaca ayat Kursi sebayak 1000 kali dalam sehari semalam selama 40 hari, maka demi Allah, demi Rasul, demi al-Quran yang mulia, Tuhan akan membukakan baginya pandangan rohani, dihasilkan yang dimaksud dan diberi pengaruh kepada manusia. (dari kitab Khawasul Qur’an).
- Imam Jaafar Shadiq r.a. mengatakan: Sesiapa membaca sekali, nescaya Allah akan menghindar darinya 1,000 kesukaran duniawi, yang terkecil sekali ialah kemiskinan dan kepapaan, dan 1,000 kesukaran ukhrawi, yang terkecil sekali ialah azab neraka.
- Salah seorang ulama Hindi mendengar dari salah seorang guru besarnya dari Abi Lababah r.a, membaca ayat Kursi sebanyak anggota sujud (7 kali) setiap hari ada benteng pertahanan Rasulallah SAW.
- Sesiapa membaca ayat Kursi ketika hendak tidur, maka Abdurahman bin Auf menerangkan bahawa, ia apabila masuk kerumahnya dibaca ayat Kursi pada empat penjuru rumahnya dan mengharapkan dengan itu menjadi penjaga dan pelindung syaitan.
- Mereka yang mengamalkan membaca 7 kali ayat Kursi dan 7 kali bagi setiap 3 Qulselepas selesai Solat Jumaat, Insya Allah akan mendapat hikmah dan kelebihan yang tidak terduga.
- Jika berpindah ke rumah baru, maka pada malam pertama menduduki rumah itu, eloklah membaca ayat Kursi 100 kali, Insya Allah anda sekeluarga terhindar daripada gangguan zahir dan batin.
- Sesiapa membaca Surah Al-Fatihah, Ayatul Kursi & Surah Al Nash dan diniatkan lalu ditiup pada tengah kepala anak-anak, nescaya boleh menjaga keselamatannya, memudah menerima nasihat dan ia tidak akan bercakap dusta lagi.
- Setiap lelaki dan wanita (baik buat isteri-isteri) yang mengamalkan membaca ayat kursi 7 kali sebelum keluar rumah atau semasa perjalanan ke tempat kerja atau kemana sekalipun kecuali bukan niat melakukan maksiat pada Allah SWT maka dia terselamatdaripada segala kejahatan yang datang dari syaitan, jin dan manusia antaranya:
- Terselamat dari terkena sihir; seperti ubat pengasih (mengasih seseorang tanpa kehendak hatinya), penganiayaan (santau ), penipuan dan sebagainya kerana semua ini ada bersangkutan dengan jin dan syaitan.
- Terselamat daripada kejahatan seperti kes ragut, rogol, kecurian, mahupun terkena pembuli jalanan.
- Dijauhkan dari musibah jalanan seperti ketika memandu, kemalangan jalanraya, tayar pancit dan sebagainya.
.
Semua khasiat dan fadhilat di atas tidak akan berlaku tanpa izin Allah SWT, bergantung atas keyakinan kita padaNya iaitu hikmah kalamnya terhadap mereka yang beriman dan bertaqwa pada Allah SWT dan RasulNya Nabi Muhammad SAW.
Oleh itu carilah keredaan Allah SWT dengan melaksanakan segala perintah-Nya serta menjauhi segala larangan-Nya di samping berikhtiar dengan sesungguh hati.
.
Wallahu A’alam Bissowab
والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته
Thursday, 7 January 2016
iSIHAT
27 makanan untuk kesihatan hati
Makanan yang baik untuk hati amat perlu untuk hati yang sihat dan untuk mengelakkan penyakit hati. Hati mempunyai 500 fungsi yang berlainan yang sangat penting kepada anda termasuklah dalam penghadaman makanan.
Makanan yang anda ambil adalah salah satu perkara penting untuk menjamin fungsi hati yang baik. Di antara fungsi hati yang penting ialah penghadaman, melawan jangkitan penyakit, penyimpanan vitamin dan glukos, menyingkirkan bahan buangan, menghasilkan hormon, metabolisma, penghasilan protin dan enzim.
Penyakit hati memberikan kesan yang sangat teruk. Jika hati anda membuat kerja berlebihan kesan dari pemakanan yang tidak baik dan sebagainya, ia akan membuat emosi anda berasa sangat tertekan, sedih, marah, paling teruk terlalu cemburu dan cepat marah terutama jika hati anda sudah bekerja teruk yang kronik (overextended).
Orang itu akan digambarkan sebagai "yg cepat marah" atau "mudah tersinggung" apabila personaliti mereka telah terjejas teruk oleh hati "stagnant". Hati yang berfungsi dengan optima boleh membantu anda berasa ceria, bertenaga, hebat dan senang hati!
Jenis Makanan Yang Baik Untuk Hati Adalah:
1) Apabila hati itu tidak sihat, ia biasanya bertakung dan sempit. Elakkan makanan yang tinggi lemak tepu dan "trans " lemak dan makanan goreng kerana makanan sebegini sukar untuk diproses oleh hati.
2) Minyak zaitun dara (virgin olive oil) dan minyak biji benih seperti biji flaks dan hem yang di cold-pressed.
3) Daun zaitun sebagai ekstrak herba juga akan membantu.
4) Tingkatkan pengambilan antioksidan, iaitu makanan mentah seperti lada benggala, pasli , sayur-sayuran segar dan jus buah-buahan , bawang putih, lobak merah, sayur-sayuran , buah-buahan sitrus, bijian yang direndam atau yang telah dicambahkan dan mikro- alga seperti spirulina dan chlorella. Semua ini adalah nutrien antioksidan yang penting untuk hati anda.
5) Choline (sejenis vitamin B) adalah penting untuk penggunaan kolesterol yang betul dan seimbang dalam badan anda. Kuning telur adalah sangat tinggi dalam choline, cuba pilih telur kampung dan organik.
6) Vitamin C, asid Lipoik dan asid lemak biasa terdapat dalam minyak bijian yang di "cold-pressed" seperti minyak flax seed atau hemp seed yang juga penting untuk keseimbangan kolesterol.
7) Pastikan pengambilan protein anda pada tahap optima, kira-kira 30 - 65g sehari. Jika terlalu banyak mengambil protein, akan mengganggu aktiviti enzim hati. Sebaliknya, terlalu sedikit protein (biasanya masalah untuk orang yang mengamalkan vegetarian) juga tidak baik untuk hati, kerana hati perlukan asid amino (unit-unit yang membentuk protin) untuk memproses toksin.
8) Makan makanan yang mengandungi sulfur seperti bawang putih, bawang, daun kucai dan daun bawang , kerana mereka mengurangkan kesesakan hati.
9) Pastikan pengambilan gula bertapis (gula putih) kepada minimum sebagai tenaga "kosong" tenaga boleh memberi lebih tekanan kepada sistem hati.
10) Pastikan anda masukkan makanan "masam" ke dalam diet anda seperti jus lemon yang dianggap memulakan pembebasan enzim di dalam hati, untuk membantu proses detoksifikasi.
11) Makanan pahit seperti selada air dan herba rosemary juga bermanfaat untuk kesihatan hati.
12) Selalu amalkan rempah yang mentah. Untuk mengetahui kesesuaiannya anda boleh melakukan ini dengan memakan jumlah yang kecil, kemudian perhatikan reaksi badan anda terhadapnya.
13) Hati suka kepada makanan yang ringkas, seperti nasi whole grain (beras perang) kukus atau makanan whole grain organik dan sayur-sayuran dengan dressing rendah lemak sangat lembut (gentle) kepada hati.
14) Kopi, teh, dan alkohol sangat sukar untuk diproses oleh hati untuk memproses, terutama apabila hati berada di bawah par(sudah overload).
15) Air kosong yang ditambah jus lemon segar sangat sesuai untuk menyejukkan hati yang "panas".
16) Teh herba untuk detoks hati boleh menjadi cara yang sempurna untuk memulakan sokongan pembaikan hati. Teh herba Mullein & bunga lawang sesuai untuk memulakan detoks yang lembut ini.
17) Untuk mengekalkan pundi hempedu berfungsi dengan betul, kerja hati menjadi lebih mudah. Jus mentah baik untuk proses pembersihat hati dan pundi hempedu. Kisar bersama 60% jus lobak merah, 30% jus ubi bit dan 10% timun atau jus epal dan minum beberapa kali seminggu.
18) Untuk membantu mencergaskan hati yang lembap, minum segelas jus tomato yang dicampur dengan cayenne pepper.
19) Makan salad yang dibuat dari selada air segar, dandelion dan daun chicory dan sayur-sayuran musim bunga lain. Juga dapatkan sayur-sayuran hijau gelap, biji-bijian, kekacang (terutamanya badam) , buah-buahan berair (juicy), sayur-sayuran dan buah-buahan mentah atau dikukus.
20) Bunga Marigold (teh bunga) adalah klasik digunakan sebagai teh hati yang lembut jadi beli sebungkus benih dan tanamnya untuk membuat teh anda sendiri.
21) Anggur mengaktifkan hati untuk merangsang glikogen dan rembesan hempedu.
22) Buah mangga masak adalah menyegarkan dan merangsang selera makan.
23) Makan setiap hari radish dan daun hijaunya untuk memberi manfaat kepada hati yang berpenyakit kuning .
24) Biji Milk Thistle merupakan herba penting untuk hati. Ia mudah digunakan sebagai taburan harian pada makanan anda.
25) Kunyit samada segar atau kering, ditambah kepada makanan, adalah pembersih hati dan pundi hempedu yang sangat baik.
26) Globe Artichokes mengandungi cynarin, yang menggalakkan aliran hempedu dan merangsang pertumbuhan semula sel hati. Jika anda memasak artichokes dalam air, menyimpan air masak minum pada masa yang menyimpannya di dalam peti sejuk dan menggunakan hari berikutnya. Seboleh-bolehnya selalulah pilih cara masak stim.
27) Pati lemon & artichoke bagus untuk menyejukkan hati. Ia enak digunakan sebagai cuka berperisa pada salad dan sayur-sayuran kukus.
Jagalah hati anda supaya ia sentiasa bekerja dengan baik untuk kesihatan anda. Jika anda inginkan kenalan anda juga mendapat manfaat dari 27 makanan yang baik untuk hati, klik "like dan share" dengan mereka

Artichoke sejenis sayur yang amat baik untuk kesihatan hati

Selada air (watercress) adalah satu lagi makanan yang baik untuk hati.

Bunga marigold. Anda boleh tanam sendiri untuk digunakan bagi membuat teh bunga yang menjadi tonik lembut yang baik untuk hati.
18) Untuk membantu mencergaskan hati yang lembap, minum segelas jus tomato yang dicampur dengan cayenne pepper.
19) Makan salad yang dibuat dari selada air segar, dandelion dan daun chicory dan sayur-sayuran musim bunga lain. Juga dapatkan sayur-sayuran hijau gelap, biji-bijian, kekacang (terutamanya badam) , buah-buahan berair (juicy), sayur-sayuran dan buah-buahan mentah atau dikukus.
20) Bunga Marigold (teh bunga) adalah klasik digunakan sebagai teh hati yang lembut jadi beli sebungkus benih dan tanamnya untuk membuat teh anda sendiri.
21) Anggur mengaktifkan hati untuk merangsang glikogen dan rembesan hempedu.
22) Buah mangga masak adalah menyegarkan dan merangsang selera makan.
23) Makan setiap hari radish dan daun hijaunya untuk memberi manfaat kepada hati yang berpenyakit kuning .
24) Biji Milk Thistle merupakan herba penting untuk hati. Ia mudah digunakan sebagai taburan harian pada makanan anda.
25) Kunyit samada segar atau kering, ditambah kepada makanan, adalah pembersih hati dan pundi hempedu yang sangat baik.
26) Globe Artichokes mengandungi cynarin, yang menggalakkan aliran hempedu dan merangsang pertumbuhan semula sel hati. Jika anda memasak artichokes dalam air, menyimpan air masak minum pada masa yang menyimpannya di dalam peti sejuk dan menggunakan hari berikutnya. Seboleh-bolehnya selalulah pilih cara masak stim.
27) Pati lemon & artichoke bagus untuk menyejukkan hati. Ia enak digunakan sebagai cuka berperisa pada salad dan sayur-sayuran kukus.
Jagalah hati anda supaya ia sentiasa bekerja dengan baik untuk kesihatan anda. Jika anda inginkan kenalan anda juga mendapat manfaat dari 27 makanan yang baik untuk hati, klik "like dan share" dengan mereka
terima kasih diatas pekongsian yg sangat bermanfaat..:)
TEKNIK MENGHAFAZ AL-QURAN DENGAN LEBIH MUDAH
Assalamualaikum w.b.t, bersyukur kehadrat ilahi kerana sentiasa bersama kami dalam menjayakan MUSOLLA AL-HIKMAH. Pada malam ini, sebelum melelapkan mata kami ingin berkongsi sedikit teknik menghafal al-quran agar semua pelajar hafiz dan hafizah lebih mudah untuk menghafal ayat suci al-quran. INSHA ALLAH. :)
DOA SEBELUM MENGHAFAL AL-QURAN
.DOA PEMBUKA Doa adalah perkara utama yang wajib dilakukan seorang penghafaz al-quran,sebabnya kita sedang berbicara dengan kalam ALLAH.Berdoalah walaupun dengan hanya al-fatihah...tapi di sini ana kongsikan doa hafazan yang khusus...Sebagai pembuka..: ( i ) istighfar (7x) ( ii )selawat ke atas baginda rasulullah (7x) (iii)inna nahnu nazzalna.......(surah al-hijr-ayat 9) (7x) (iv) al-fatihah.
2.MULA DENGAN MEMBACA SATU LEMBARAN. --- > Baca secara berulang-ulang.Baca,bukan menghafal....Banyak hikmahnya,selain daripada kaedah mudah mengingat,ia juga merupakan fokus utama untuk mengelak kesalahan tajwid disamping memudahkan kita mengingat kedudukan ayat apabila kita mula menghafal nanti...kadar bacaan yang diperlukan adalah 20 kali dan ke atas..Pastikan tidak kurang daripada 20 kali..Ulangan peringatan,hanya membaca iaitu dengan meneliti ayat,kalimah dan baris.Permulaannya nampak susah,tapi sesiapa yang mencuba insyaALLAH senang.WALLAHUA'LAM
3.MULA DENGAN MENGHAFAL SATU LEMBARAN. Bermula dengan langkah menghafal ayat pertama.Ulang ayat tersebut sebanyak 20 dan lebih.Kalau dah boleh,teruskan dengan menghafal ayat kedua,juga dengan cara yang sama iaitu mengulang sebanyak 20 kali dan lebih.Kemudian ulang menghafal ayat pertama dan disambung dengan ayat kedua(tanpa melihat mushaf).Kemudian sambung hafalan dengan ayat ketiga,ulang 20 kali dan lebih.Mula semuala hafalan daripada ayat pertama hingga ayat ketiga hingga lancar sambungan dari ayat ke ayat..Sama dengan ayat seterusnya....WALLAHUA'LAM.
4.SESUDAH MENGHAFAL SATU LEMBARAN. Sebaik habis menghafal dari atas hingga ke bawah,ulang semula menghafal satu lembaran tanpa melihat alquran.Ulang dan ulang dan pastikan hafalan tersebut lancar.Pastikan kepala ayat dan ayat paling bawah kekal diutamakan mengingat supaya tidak keliru jika berpindah ke lembaran seterusnya...
5.DOA PENUTUP Sebagai penutup kepada hafalan baru ada doanya yang khusus.Doa penutup kepada hafalan al-quran banyak tapi antara yang paling senang adalah dengan membaca "allahummar hamna bil quran,waj'al hulana imaman wa nuuran wa hudan wa rahmah........doa ini insyaALLAH memang lazim didengar dalam bentuk lagu ketika berakhirnya majlis-majlis alquran,cari di google insyaALLAH jumpa..WALLAHUA'LAM. 5.TASMIK. Pelajar yang memang menghafal al-quran tasmik dengan guru pentasmik masing-masing,lazimnya masa tasmik adalah waktu pagi bagi penghafaz-penghafaz al-quran.Bagi yang bukan penghafaz al-quran,anda sudah tentu mempunyai kekangan masa disebabkan kerja lain..Oleh itu,ana sarankan cari waktu yang sedikit lapang sekitar 1-3 jam untuk memulakan hafalan anda.Waktu terbaik adalah sebelum masuk waktu subuh dan waktu malam selepas mghrib dan selepas isyak.Kemudian cari sesiapa saja yang anda rasa berkebolehan dalam tajwid bagi memperdengarkan hafalan anda.Apabila menghafal,kita wajib mentasmik hafalan kita kerana ini adalah satu kewajipan dalam menghafal al-quran sebagai bukti kita ingat ayat tersebut walaupun ada orang lain sedang mendengar.

JADUAL HAFAZAN
SALAM DA'I
Assalamualaikum semua antum semua apa khabar,semoga dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa mendapat keredhaan Allah,In Shaa Allah,Amin...okeh ana sebenarnya rindu nak berkongsi maklumat2 yg In shaa Allah memberi manfaat kepada antum semua..:)terima kasih juga ana ucapkan kepada blogger2 yg sudi berkongi...hihihi:p
senyum itu sedekah..:)
Friday, 16 October 2015
Brotherhood in Islam #TazkirahSentap
In the name of Allah, The Most Gracious and The Most Merciful, The Lord of The World, The Creator of Universe and The Master of The Day After. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Praise be to Allah, with all his strength, we are still breathing today to continue our life as a servant of The ruler of mankind. Muslims nowadays are so busy as they have never been before. We live in a crowded world but most of us feel very lonely. Why is this really happening? It's because we are lack of brotherhood sense. The brotherhood among Muslims is the key to feel the joy and prosperity in our life. But unfortunately, most of us tend to rush our dealing and make "live in the fast lane" as a lifestyle. Actually, we have to sacrifice a bit of our time to spread brotherhood among humans. For instance, after performing our prayers at the mosque, we should greet our Muslim brother next to us with salaam and introduce ourselves. We don't have to be afraid of a cold response. Just keep in mind that we are only seeking the pleasure of Allah and following the sunnah from prophet Muhammad peace be upon him. Be the one who spread brotherhood not hate them. If Allah will, you will receive good deeds on what you have done for the sake of Islam. Life never lasts forever. When the time comes we'll have to go by his side. :') Love Allah, Love Prophet Muhammad, Love your Family, Love others, Love Yourselves.
»لايؤمن أحدكم حتى يحب لأخيه ما يحب لنفسه«
"You will not be a believer until you love your brother what you love for yourself."
(Sahih Bukhari and Muslim)
(Sahih Bukhari and Muslim)
Wednesday, 14 October 2015
TINTA DAI
Marah itu mudah.Tapi marah kepada siapa,dengan kadar kemarahan yang tulen,pada saat dan tujuan yang tepat,serta dengan cara yang benar itu yang sulit
-ARISTOTELES-
TINTA DAI
And there s nobody to count your tears
Just remember,no matter where you are
Allah knows Allah knows
SINAR QASEH
PENGORBANAN SEORANG AYAH
Assalammualaikum,,ary ini ana nak kongsikn satu cerita tentang pengorbanan seorg bapa.Betapa besarnya pengorbanan seorang bapa hanya untuk menyara kita.Ana pasti antum sume amat menyanyangi ayah antum sume,,hormatilh,sayangilah mereka,jgn biarkn mereka terbiar tidak terurus,jgn biarkn mereka menangis kerana kita dan jgn plg penting jgn biarkn mereka terjerumus ke dalam api neraka KERANA KITA......
mari kita selami cerita ini:

Suatu ketika, ada seorang anak perempuan yang bertanya kepada ayahnya, tatkala tanpa sengaja dia melihat ayahnya sedang mengusap wajahnya yang mulai berkerut-merut dengan badannya yang terbongkok-bongkok, disertai suara batuk-batuknya.
Anak perempuan itu bertanya pada ayahnya : “Ayah, mengapa wajah ayah kian berkerut-merut dengan badan ayah yang kian hari kian membongkok ?”
Demikian pertanyaannya, ketika ayahnya sedang berehat di beranda.
Si ayah menjawab : “Sebab aku lelaki.”
Anak perempuan itu berkata sendirian : “Saya tidak mengerti”.
Dengan kerut-kening kerana jawapan ayahnya membuatnya termenung rasa kebingungan.
Ayah hanya tersenyum, lalu dibelainya rambut anaknya itu, terus menepuk-nepuk bahunya, kemudian si ayah mengatakan : “Anakku, kamu memang belum mengerti tentang lelaki.”
Demikian bisik Si ayah, yang membuat anaknya itu bertambah kebingungan.
Kerana perasaan ingin tahu, kemudian si anak itu mendapatkan ibunya lalu bertanya kepada ibunya : “Ibu, mengapa wajah Ayah jadi berkerut-merut dan badannya kian hari kian membongkok? Dan sepertinya ayah menjadi demikian tanpa ada keluhan dan rasa sakit ?”
Ibunya menjawab : “Anakku, jika seorang lelaki yang benar-benar bertanggungjawab terhadap keluarga itu memang akan demikian.”
Hanya itu jawapan si ibu. Si anak itupun kemudian membesar dan menjadi dewasa, tetapi dia tetap juga masih tercari-cari jawapan, mengapa wajah ayahnya yang tampan menjadi berkerut-merut dan badannya menjadi membongkok?
Hingga pada suatu malam, dia bermimpi. Di dalam impian itu seolah- olah dia mendengar suara yang sangat lembut, namun jelas sekali. Dan kata-kata yang terdengar dengan jelas itu ternyata suatu rangkaian kalimah sebagai jawapan rasa kebingungannya selama ini.
“Saat Ku-ciptakan lelaki, aku membuatnya sebagai pemimpin keluarga serta sebagai tiang penyangga dari bangunan keluarga, dia senantiasa akan berusaha untuk menahan setiap hujungnya, agar keluarganya merasa aman, teduh dan terlindung.”
“Ku ciptakan bahunya yang kuat dan berotot untuk membanting- tulang menghidupi seluruh keluarganya dan kegagahannya harus cukup kuat pula untuk melindungi seluruh keluarganya.”
“Ku berikan kemahuan padanya agar selalu berusaha mencari sesuap nasi yang berasal dari titisan keringatnya sendiri yang halal dan bersih, agar keluarganya tidak terlantar, walaupun seringkali dia mendapat cercaan dari anak-anaknya”.
“Ku berikan keperkasaan dan mental baja yang akan membuat dirinya pantang menyerah, demi keluarganya dia merelakan kulitnya tersengat panasnya matahari, demi keluarganya dia merelakan badannya berbasah kuyup kedinginan dan kesejukan kerana tersiram hujan dan dihembus angin, dia relakan tenaga perkasanya dicurahkan demi keluarganya, dan yang selalu dia ingat, adalah disaat semua orang menanti kedatangannya dengan mengharapkan hasil dari jerih- payahnya.”
“Kuberikan kesabaran, ketekunan serta kesungguhan yang akan membuat dirinya selalu berusaha merawat dan membimbing keluarganya tanpa adanya keluh kesah, walaupun disetiap perjalanan hidupnya keletihan dan kesakitan kerapkali menyerangnya”.
“Ku berikan perasaan cekal dan gigih untuk berusaha berjuang demi mencintai dan mengasihi keluarganya, didalam suasana dan situasi apapun juga, walaupun tidaklah jarang anak-anaknya melukai perasaannya, melukai hatinya.
Padahal perasaannya itu pula yang telah memberikan perlindungan rasa aman pada saat dimana anak-anaknya tertidur lelap. Serta sentuhan perasaannya itulah yang memberikan kenyamanan bila saat dia sedang menepuk-nepuk bahu anak-anaknya agar selalu saling menyayangi dan saling mengasihi sesama saudara.”
“Ku berikan kebijaksanaan dan kemampuan padanya untuk memberikan pengertian dan kesedaran terhadap anak-anaknya tentang saat kini dan saat mendatang, walaupun seringkali ditentang bahkan dikotak-katikkan oleh anak-anaknya.”
“Ku berikan kebijaksanaan dan kemampuan padanya untuk memberikan pengetahuan dan menyedarkan,bahawa isteri yang baik adalah isteri yang setia terhadap suaminya, isteri yang baik adalah isteri yang senantiasa menemani, dan bersama-sama menghadapi perjalanan hidup baik suka mahupun duka, walaupun seringkali kebijaksanaannya itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada isteri, agar tetap berdiri, bertahan, sepadan dan saling melengkapi serta saling menyayangi.”
“Ku berikan kerutan diwajahnya agar menjadi bukti, bahawa lelaki itu senantiasa berusaha sekuat daya fikirnya untuk mencari dan menemukan cara agar keluarganya dapat hidup didalam keluarga bahagia dan badannya yang terbongkok agar dapat membuktikan, bahawa sebagai lelaki yang bertanggungjawab terhadap seluruh keluarganya, senantiasa berusaha mencurahkan sekuat tenaga serta segenap perasaannya, kekuatannya, kesungguhannya demi kelanjutan hidup keluarganya.”
“Ku berikan kepada lelaki tanggungjawab penuh sebagai pemimpin keluarga, sebagai tiang penyangga ( seri / penyokong ), agar dapat dipergunakan dengan sebaik-baiknya. Dan hanya inilah kelebihan yang dimiliki oleh lelaki, walaupun sebenarnya tanggungjawab ini adalah amanah di dunia dan akhirat.”
Terkejut si anak dari tidurnya dan segera dia berlari, berlutut dan berdoa hingga menjelang subuh. Setelah itu dia hampiri bilik ayahnya yang sedang berdoa, ketika ayahnya berdiri si anak itu menggenggam dan mencium telapak tangan ayahnya.
“Aku mendengar dan merasakan bebanmu, ayah.”
cerita ini membuatkn ana terkaku takala ana terbaca satu artikel mengenai seorang bapa yang dibuang,bkn sekali,bkn dua kali tetapi berkali kali
![]() |
| renung renungknlh........................ |
SINAR QASEH
Assalammualaikum antum sume,,pade ary yang sngt mulia ini ana nak berkongsi kisah mengenai seorang hamba Allah yang sangat maqbul doanya,iaitu Uwais Al Qarni yang tidak dikenali di dunia tetapi dikenali oleh penduduk langit ,ana harap ape yang ana kongsi kan dapat memberi manfaat dan dapat di praktikan dlm kehidupan antum sume,,Insha ALLAH,,selamat membace:)
| Kisah Uwais Al-Qarni Dan Ibu Tua Yang Uzur
Uwais al-Qarni adalah seorang daripada kalangan tabi’in yang hidup selepas kewafatan Rasulullah ﷺ, dan dapat bertemu dengan para sahabat. Sejak dilahirkan beliau berpenyakit sopak dan ayahnya telah meninggal dunia. Hidupnya sangat fakir dan dalam keadaan yatim. Ibunyalah yang menjaganya sejak kecil sehingga beliau dewasa.Walaupun miskin tetapi mempunyai budibahasa dan amanah.
|
Uwais al-Qarni hanya tinggal bersama seorang ibu yang sudah tua, buta dan lumpuh. Malah, ibu tua itu cuma bergantung harap pada Uwais untuk menguruskan kehidupannya. Di situlah mereka dua beranak meneruskan kehidupan tanpa ada sanak saudara. Tatkala ibunya memerlukan bantuan, Uwais tidak pernah mengeluh dan akan menguruskan ibunya terlebih dahulu sebelum membuat perkara lain.
Selain dikenali sebagai seorang anak yang taat kepada ibunya. Uwais juga sangat taat melakukan ibadah, beliau seringkali berpuasa dan malam hari masanya terisi dengan ibadah solat-solat sunat dan tahajud kepada Allah SWT.
Rasulullah ﷺ pernah berpesan kepada Sayyidina Umar r.a. dan Sayyidina AliKaramAllahu wajhah (k.w.): “Akan lahir di kalangan Tabiin seorang insan yang doanya sangat makbul. Namanya Uwais al-Qarni dan dia akan lahir di zaman kamu. Kamu berdua pergilah mencari dia. Dia akan datang dari arah Yaman, dia dibesarkan di Yaman. Dia akan muncul di zaman kamu, carilah dia. kalau berjumpa dengan dia minta tolong dia berdoa untuk kamu berdua.”
Sayyidina Umar dan Sayyidina Ali lalu sama-sama menanyakan kepada Rasulullah S.A.W: “Apakah yang patut saya minta daripada Uwais al-Qarni, ya Rasulullah?”Rasulullah ﷺ menjawab: “Mintalah kepadanya agar dia berdoa kepada Allah agar Allah ampunkan dosa-dosa kalian.”
Memang benarlah kata-kata Rasulullah ﷺ Uwais al-Qarni akhirnya muncul di zaman Sayyidina Umar dan Sayyidina Ali. Setelah puas menunggu dan mencari kabilah-kabilah yang datang dari Yaman ke Madinah, akhirnya mereka bertemu juga dengan Uwais al-Qarni.
Jika dilihat dari pandangan mata kasar orang biasa, Uwais al-Qarni tiada ciri-ciri istimewa kerana dari pandangan luaran beliau seperti orang yang tidak sempurna akal dan dianggap sebagai seorang yang kurang waras, tetapi beliau ada sesuatu yang kita tidak ketahui..
Uwais Al-Qarni adalah seorang yang berpenyakit sopak, badannya bertompok putih, yakni putih penyakit yang tidak digemari. Beliau berpenyakit sopak sejak dilahirkan dan bapanya telah meninggal dunia ketika dia masih kecil lagi. Walaupun beliau seorang berpenyakit sopak, beliau adalah seorang yang soleh yang amat mengambil berat tentang ibunya dan beliau begitu tekun untuk mendapatkan keredhaan ibunya dan setia menjaga ibunya yang sudah uzur dan lumpuh sampai beliau dewasa.
Ibunya mempunyai hajat untuk menunaikan haji di Makkah. Namun dengan kudrat yang sebegitu, ibu Uwais tidak mampu untuk ke Makkah berjalan seorang diri. Lalu dia mengutarakan hasratnya kepada Uwais supaya mengikhtiarkan sesuatu agar dia boleh dibawa ke Makkah menunaikan haji.
Sebagai seorang yang miskin, Uwais tidak berdaya untuk mencari perbelanjaan untuk ibunya kerana pada zaman itu kebanyakan orang pergi menunaikan haji dari Yaman ke Makkah perlu menyediakan beberapa ekor unta yang dipasang di atasnya ‘Haudat’ iaitu sebuah rumah kecil yang diletakkan di atas unta untuk melindungi panas matahari dan hujan, selesa namun harganya mahal. Uwais tidak mampu untuk menyediakan perbelanjaan yang sedemikian. Beliau tidak memiliki unta dan juga tidak mampu untuk membayar sewa.
Pada suatu hari, ibu Uwais yang semakin tua dan uzur berkata kepada anaknya:“Anakku, mungkin ibu dah tak lama lagi akan bersama dengan kamu, ikhtiarkanlah agar ibu dapat mengerjakan haji.”
Uwais mendapat suatu ilham. Dia membeli seekor anak lembu yang baru lahir dan sudah habis menyusu. Dia membuat sebuah pondok (rumah kecil) di atas sebuah ‘Tilal’ iaitu sebuah tanah tinggi (Dia buat pondok untuk lembu itu di atas bukit). Apa yang dia lakukan, pada petang hari beliau akan mendukung anak lembu untuk naik ke atas ‘Tilal’. Pagi esoknya beliau akan mendukung lembu itu turun dari ‘Tilal’ tersebut untuk diberi makan. Itulah yang dilakukannya setiap hari. Ada ketikanya dia mendukung lembu itu mengelilingi bukit tempat dia memberi lembu itu makan.
Perbuatan yang dilakukannya ini menyebabkan orang mengatakan beliau kurang waras. Memang pelik, membuatkan rumah untuk lembu di atas bukit, kemudian setiap hari mengusung lembu, petang dibawa naik, pagi dibawa turun bukit.
Namun sebenarnya jika dilihat di sebaliknya, Uwais seorang yang bijak. Lembu yang asalnya hanya 20 kilogram, selepas enam bulan lembu itu sudah menjadi 100kg. Otot-otot tangan dan badan Uwais pula menjadi kuat hinggakan dengan mudah mengangkat lembu seberat 100 kilogram turun dan naik bukit setiap hari.
Selepas lapan bulan, apabila sampai musim haji, rupa-rupanya perbuatannya itu adalah satu persediaan untuk dia membawa ibunya mengerjakan haji. Dia telah memangku ibunya dari Yaman sampai ke Makkah dengan kedua tangannya. Di belakangnya dia meletakkan barang-barang keperluan seperti air, roti dan sebagainya. Lembu yang beratnya 100 kilogram boleh didukung dan dipangku inikan pula ibunya yang lebih ringansekitar 50 kilogram.
Beliau membawa (mendukung dan memangku) ibunya dengan kedua tangannya dari Yaman ke Makkah, mengerjakan Tawaf, Saie dan di Padang Arafah dengan senang sahaja. Dan dia juga memangku ibunya dengan kedua tangannya pulang semula ke Yaman dari Makkah.
Setelah pulang semula ke Yaman, ibunya bertanya: “Uwais, apa yang kamu doakan sepanjang kamu berada di Mekah?”
Uwais menjawab: “Saya berdoa minta supaya Allah SWT mengampunkan semua dosa-dosa ibu.”
Ibunya bertanya lagi: “Bagaimana pula dengan dosa kamu?”
Uwais menjawab: “Dengan terampun dosa ibu, ibu akan masuk syurga. Cukuplah ibu redha dengan saya, maka saya juga masuk syurga.”
Ibunya berkata lagi: “Ibu inginkan supaya engkau berdoa agar Allah SWT hilangkan sakit putih (sopak) kamu ini.”
Uwais berkata: “Saya keberatan untuk berdoa kerana ini Allah yang jadikan. Kalau tidak redha dengan kejadian Allah, macam saya tidak bersyukur dengan Allah Ta’ala.”
Ibunya menambah: “Kalau ingin masuk ke syurga, mesti taat kepada perintah ibu. Ibu perintahkan engkau berdoa.”
Akhirnya Uwais tidak ada pilihan melainkan mengangkat tangan dan berdoa. Uwais lalu berdoa seperti yang diminta oleh ibunya supaya Allah SWT menyembuhkan tompok putih yang luar biasa (sopak) yang dihidapinya itu.
Namun kerana beliau takut masih ada dosa pada dirinya, beliau berdoa: “Tolonglah ya Allah! Kerana ibuku, aku berdoa hilangkan yang tompok putih pada badanku ini melainkan tinggalkanlah sedikit.”
Maka, Allah SWT segera memakbulkan doanya dan menghilangkan penyakit sopak di seluruh badannya kecuali meninggalkan setompok sebesar duit syiling di tengkuknya.Tanda tompok putih kekal pada Uwais kerana permintaannya, kerana ini (sopak) adalah anugerah Dan tanda itulah yang disebutkan oleh Rasulullah ﷺ kepada Saidina Umar al-Khattab dan Saidina Ali untuk mengenali Uwais al-Qarni.
Disebut Rasulullah ﷺ kepada Sayyidina Umar dan Sayyidina Ali: “Tandanya kamu nampak di belakangnya ada satu bulatan putih, bulatan sopak. Kalau berjumpa dengan tanda itu, dialah Uwais al-Qarni.”
Tidak lama kemudian, ibunya meninggal dunia. Dia telah menunaikan kesemua permintaan ibunya. Selepas ibunya meninggal, Uwais menjadi seorang yang soleh dan ditinggikan martabatnya di sisi Allah sehingga dia menjadi seorang yang doanya paling makbul.
Apabila Sayyidina Umar dan Sayyidina Ali dapat berjumpa dengan Uwais al-Qarni dan seperti yang diperintahkan oleh Rasulullah ﷺ, mereka berdua pun meminta supaya Uwais mendoakan supaya dosa mereka diampunkan Allah SWT.
Ketika Uwais al-Qarni berjumpa Sayyidina Umar dan Sayyidina Ali, beliau berkata:“Aku ini datang dari Yaman ke Madinah kerana aku ingin menunaikan wasiat Rasulullah ﷺ kepada kamu iaitu supaya kamu berdua berjumpa dengan aku.”
Maka Uwais pun telah mendoakan untuk mereka berdua.
Setelah itu Sayyidina Umar, yang ketika itu memegang jawatan Khalifah, bertanya kepadanya: “Anda hendak pergi ke mana?”
“Kufah”, jawab Uwais.
Sayyidina Umar bertanya lagi: “Mahukah aku tuliskan surat kepada Gabenor Kufah agar melayanimu?”
Uwais menjawab: “Berada di tengah-tengah orang ramai sehingga tidak dikenali lebih aku sukai.”
Demikianlah kisah Uwais Al-Qarni yang amat taat dan kasih kepada ibunya. Seorang Wali Allah yang tidak terkenal di bumi, tetapi amat terkenal di langit.
Firman Allah SWT :
وَقَضَىٰ رَبُّكَ أَلَّا تَعْبُدُوٓا۟ إِلَّآ إِيَّاهُ وَبِٱلْوَٰلِدَيْنِ إِحْسَـٰنًا ۚ
“Dan Tuhanmu telah mewajibkan supaya tidak menyembah selain dari-Nya dan berlaku baik kepada ibu bapa.” (Surah Al-Isra’, ayat 23)
.
.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
| terima kasih kepada shafiqolbu untuk perkongsiannya:) |
Subscribe to:
Posts (Atom)