Tuesday, 12 January 2016

wahai Rasul kami rindu padamu

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. dengan namaMu ya Allah hurabbi, yang ku sebut selalu, dengan namaMu ya Allah hurabbi, yangku ingat selalu, Maha suci Engkau ya Allah hurabbi yang Maha Besar dengan kepujian, Maha suci Engkau ya Allah...

Alhamdulillah syukur.. ini inspirasi dari surau musolla kami inilah bekalan tinggalan buat anak-anak cucu smakt Ini peringatan buat diriku dan dirimu, baca al mulk menerangi kuburmu, baca bismillah melebihi segala yang ada di bumi dan di langit biru..


FADHILAH AYAT KURSI

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Ayat 255 dari Surah Al-Baqarah yang lebih dikenali sebagai‘Ayat Al-Kursi’ ini juga digelar ‘Penghulu Segala Ayat Al-Quran’.
Ayat ini diturunkan selepas hijrah Nabi Muhammad SAW, dengan diiringi oleh beribu-ribu malaikat karena kebesaran dan kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga telah menjadi gempar kerana adanya satu alamat yang menjadi perintang dalam perjuangan mereka. Maka Rasulullah SAW dengan segera memerintahkan Zaid bin Tsabit (penulis Al-Quran) agar menulis serta menyebarkannya.
Ayat ini disebut ‘Ayat Kursi’ kerana di dalamnya terdapat perkataan ‘KURSI’, bermaksudTempat Duduk Yang Megah Lagi Yang Mempunyai Martabat’Iaitu syiar ataskebesaran Tuhan yang meliputi 7 lapis langit dan 7 lapis bumi.
.
.
Lafaz bacaan dari huruf Arab ke huruf Rumi:
Allahu Laa Ilaaha Illa Huwal Hayyul Qayyumu. Laa Ta’khudzuhuu Sinatuw Wa Laa Nauum. Lahuu Maa Fissamaawaati Wa Maa Fil Ardh. Man Dzal Ladzii Yasfa’u ‘Indahuu Illaa Bi Idznihi. Ya’lamu Maa Baina Aidiihim Wa Maa Khalfahum. Wa Laa Yuhi Thuuna Bi Syai-In Min ‘Ilmihii Illaa Bi Maasyaa-A. Wasi’a Kursiyyuhussamaawaati Wal Ardha. Wa Laa Ya-Udhuu Hifzhuhumaa Wahuwal ‘Aliyyul Azhiim.
.
.

Hikmat Ayat Al-Kursi (Kekuasaan Allah)


Ayat Kursi adalah seutama-utama ayat dalam Al-Quran. Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam menyuruh kita mengamalkan membaca surah Kursi. Fadhilat dan kehebatan ayat ini telah diterangkan dalam 99 hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim dan lain-lain. Antaranya adalah:
  1. Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana Dia memelihara Nabi Muhammad SAW.
  2. Sesiapa berwudhuk lalu membaca ayat Al-Kursi sekali, nescaya Allah akan meninggikan darjatnya setinggi 40 darjat dan Allah akan mendatangkan para malaikat menurut bilangan hurufnya, seraya berdoa untuk sipembaca sehinggalah ke hari Qiamat.
  3. Sesiapa membaca Al-Qursi sebelum keluar rumah, maka Allah mengutuskan 70 000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan untuknya.
  4. Sesiapa sentiasa membaca ayat Al-Kursi, nescaya Allah akan kurniakan kepada ahli rumahnya kebaikkan yang tidak terhitung banyaknya.
  5. Membacanya dapat menghilangkan rasa marah, dijauhi bala bencana dan gangguan syaitan.
  6. Sesiapa membacanya ketika dalam kesempitan nescaya Allah azza wa jalla akan memberikan pertolongan kepadanya dan jika seseorang itu miskin akan menjadi kaya.
  7. Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakirandidepan matanya.
  8. “Sesiapa dikalangan umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan solat sunat dua rakaat, Allah memelihara daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar.”
  9. Sesiapa membacanya nescaya Allah mengutuskan malaikat untuk menulis kebaikannya danmenghapuskan keburukannya dari detik itu sampai esok hari,
  10. Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, InsyaAllah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar.
   11.   Sesiapa membaca ayat Al-Kursi sebanyak 170 kali:
    1. Di tengah malam atau  dikuti solat Hajat, Insya Allah berhasil hajatnya.
    2. Memperolehi hidayah dan petunjuk dari Allah Subhanahu wa Ta’ala.
    3. Meningkatkan kecerdikan dan terang hati.
    4. Terlepas dari masalah dan kesukaran serta dimudahkan rezeki dan cita-cita.
.
12.   Sesiapa membaca ayat Al-Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas solat fardhu, ia akan;
    1. Berada dalam lindungan Allah hingga solat yang lain dan terpelihara daripadatipudaya dan ganguan syaitan.
    2. Allah menganugerahkannya hati-hati orang yang bersyukur, setiap perbuatan orang yang benar, pahala para nabi juga dilimpahkan padanya rahmat.
    3. Allah akan mengambil rohnya seperti orang yang berperang bersama para nabi sehingga mati syahid.
    4. Terpelihara dari kekerasan malaikat maut dan dibangkitkan bersama para Mujahid yang berjihad beserta para Anbiya.
    5. Allah Azza Wa Jalla tidak menegah akan dia daripada masuk syurga.
    6. Dikurniakan pahala seumpama pahala orang yang muttaqin dan pahala balasan amal orang-orang siddiqin iaitu syurga.
.
13.  Sesiapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya;
    1. Allah SWT. mewakilkan dua Malaikat memeliharanya dan menjaga selama tidurnya hingga subuh.
    2. Allah akan membuka pintu rahmat baginya hingga ke Subuh, dan mengurniakan kota nur menurut bilangan rambut dibadannya.
    3. Terselamat dari kecurian, kebakaran dan kekaraman.
    4. Allah mengurniakan keselamatan kepadanya dan jiran- jirannya.
    5. Jika sipembacanya meninggal dunia pada malam itu, ia dikira mati syahid.
.
14.  Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan;
    1. Mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan.
    2. Terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah.
    3. Allah akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya.
.


Bacaan Ayatul Kursi


.
.

Khasiat Ayat Kursi:

Khasiat menurut ramai alim ulama terdahulu, antaranya;
  1. Syeikh Abul ‘Abas Al-Bunni menerangkan: “Sesiapa membaca ayat Kursi sebanyak hitungan kata-katanya (50 kali), lalu ditiupkan pada air hujan kemudian diminumnya, Insya Allah,dicerdaskan akal fikirannya dan dimudahkannya menerima ilmu pengetahuan.
  2. Mengikut keterangan dari kitab “Asraarul Mufidah” sesiapa mengamalkan membaca ayat kursi setiap hari sebanyak 18 kali; Insya Allah ia akan hidup berjiwa tauhid, dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjat danmartabatnya, diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya sertaterpelihara ia dari segala bencana.
  3. Syeikh Al-Bunni menerangkan: Sesiapa yang membaca ayat Kursi sebanyak hitungan hurufnya (170 huruf), maka Insya Allah, Tuhan akan memberi pertolongan dalam segala hal dan menunaikan segala hajatnya, dan melapangkan fikirannya, diluluskan rezekinya, dihilangkan kedukaannya dan diberikan apa yang dituntutnya.
  4. Syeikh Buni menerangkan: sesiapa yang takut terhadap serangan musuh hendaklah ia membuat garis lingkaran dengan isyarat nafas sambil membaca ayat Kursi. Kemudian ia masuk bersama jamaahnya ke dalam garis lingkaran tersebut menghadap ke arah musuh, sambil membaca ayat Kursi sebanyak 50 kali, atau sebanayk 170 kali, Insya Allah musuh tidak akan melihatnya dan tidak akan memudharatkannya.
  5. Syeikul Kabir Muhyiddin Ibnul Arabi menerangkan bahawa; sesiapa yang membaca ayat Kursi sebayak 1000 kali dalam sehari semalam selama 40 hari, maka demi Allah, demi Rasul, demi al-Quran yang mulia, Tuhan akan membukakan baginya pandangan rohani, dihasilkan yang dimaksud dan diberi pengaruh kepada manusia. (dari kitab Khawasul Qur’an).
  6. Imam Jaafar Shadiq r.a. mengatakan: Sesiapa membaca sekali, nescaya Allah akan menghindar darinya 1,000 kesukaran duniawi, yang terkecil sekali ialah kemiskinan dan kepapaan, dan 1,000 kesukaran ukhrawi, yang terkecil sekali ialah azab neraka.
  7. Salah seorang ulama Hindi mendengar dari salah seorang guru besarnya dari Abi Lababah r.a, membaca ayat Kursi sebanyak anggota sujud (7 kali) setiap hari ada benteng pertahanan Rasulallah SAW.
  8. Sesiapa membaca ayat Kursi ketika hendak tidur, maka Abdurahman bin Auf menerangkan bahawa, ia apabila masuk kerumahnya dibaca ayat Kursi pada empat penjuru rumahnya dan mengharapkan dengan itu menjadi penjaga dan pelindung syaitan.
  9. Mereka yang mengamalkan membaca 7 kali ayat Kursi dan 7 kali bagi setiap 3 Qulselepas selesai Solat Jumaat, Insya Allah akan mendapat hikmah dan kelebihan yang tidak terduga.
  10. Jika berpindah ke rumah baru, maka pada malam pertama menduduki rumah itu, eloklah membaca ayat Kursi 100 kali, Insya Allah anda sekeluarga terhindar daripada gangguan zahir dan batin.
  11. Sesiapa membaca Surah Al-Fatihah, Ayatul Kursi & Surah Al Nash dan diniatkan lalu ditiup pada tengah kepala anak-anak, nescaya boleh menjaga keselamatannya, memudah menerima nasihat dan ia tidak akan bercakap dusta lagi.
  12. Setiap lelaki dan wanita (baik buat isteri-isteri) yang mengamalkan membaca ayat kursi 7 kali sebelum keluar rumah atau semasa perjalanan ke tempat kerja atau kemana sekalipun kecuali bukan niat melakukan maksiat pada Allah SWT maka dia terselamatdaripada segala kejahatan yang datang dari syaitan, jin dan manusia antaranya:
    • Terselamat dari terkena sihir; seperti ubat pengasih (mengasih seseorang tanpa kehendak hatinya), penganiayaan (santau ), penipuan dan sebagainya kerana semua ini ada bersangkutan dengan jin dan syaitan.
    • Terselamat daripada kejahatan seperti kes ragut, rogol, kecurian, mahupun  terkena pembuli jalanan.
    • Dijauhkan dari musibah jalanan seperti ketika memandu, kemalangan jalanraya, tayar pancit dan sebagainya.
.
Semua khasiat dan fadhilat di atas tidak akan berlaku tanpa izin Allah SWT, bergantung atas keyakinan kita padaNya iaitu hikmah kalamnya terhadap mereka yang beriman dan bertaqwa pada Allah SWT dan RasulNya Nabi Muhammad SAW.
Oleh itu carilah keredaan Allah SWT dengan melaksanakan segala perintah-Nya serta menjauhi segala larangan-Nya di samping berikhtiar dengan sesungguh hati.
.
Wallahu A’alam Bissowab
والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته

Thursday, 7 January 2016

iSIHAT

                                27 makanan untuk kesihatan hati

Makanan yang baik untuk hati amat perlu untuk hati yang sihat dan untuk mengelakkan penyakit hati. Hati mempunyai 500 fungsi yang berlainan yang sangat penting kepada anda termasuklah dalam penghadaman makanan.



Artichoke sejenis sayur yang amat baik untuk kesihatan hati

Makanan yang anda ambil adalah salah satu perkara penting untuk menjamin fungsi hati yang baik. Di antara fungsi hati yang penting ialah penghadaman, melawan jangkitan penyakit, penyimpanan vitamin dan glukos, menyingkirkan bahan buangan, menghasilkan hormon, metabolisma, penghasilan protin dan enzim.

Penyakit hati memberikan kesan yang sangat teruk. Jika hati anda membuat kerja berlebihan kesan dari pemakanan yang tidak baik dan sebagainya, ia akan membuat emosi anda berasa sangat tertekan, sedih, marah, paling teruk terlalu cemburu dan cepat marah terutama jika hati anda sudah bekerja teruk yang kronik (overextended).

Orang itu akan digambarkan sebagai "yg cepat marah" atau "mudah tersinggung" apabila personaliti mereka telah terjejas teruk oleh hati "stagnant". Hati yang berfungsi dengan optima boleh membantu anda berasa ceria, bertenaga, hebat dan senang hati!

Jenis Makanan Yang Baik Untuk Hati Adalah:

1) Apabila hati itu tidak sihat, ia biasanya bertakung dan sempit. Elakkan makanan yang tinggi lemak tepu dan "trans " lemak dan makanan goreng kerana makanan sebegini sukar untuk diproses oleh hati.

2) Minyak zaitun dara (virgin olive oil) dan minyak biji benih seperti biji flaks dan hem yang di cold-pressed.

3) Daun zaitun sebagai ekstrak herba juga akan membantu.

4) Tingkatkan pengambilan antioksidan, iaitu makanan mentah seperti lada benggala, pasli , sayur-sayuran segar dan jus buah-buahan , bawang putih, lobak merah, sayur-sayuran , buah-buahan sitrus, bijian yang direndam atau yang telah dicambahkan dan mikro- alga seperti spirulina dan chlorella. Semua ini adalah nutrien antioksidan yang penting untuk hati anda.


Selada air (watercress) adalah satu lagi makanan yang baik untuk hati.

5) Choline (sejenis vitamin B) adalah penting untuk penggunaan kolesterol yang betul dan seimbang dalam badan anda. Kuning telur adalah sangat tinggi dalam choline, cuba pilih telur kampung dan organik.

6) Vitamin C, asid Lipoik dan asid lemak biasa terdapat dalam minyak bijian yang di "cold-pressed" seperti minyak flax seed atau hemp seed yang juga penting untuk keseimbangan kolesterol.

7) Pastikan pengambilan protein anda pada tahap optima, kira-kira 30 - 65g sehari. Jika terlalu banyak mengambil protein, akan mengganggu aktiviti enzim hati. Sebaliknya, terlalu sedikit protein (biasanya masalah untuk orang yang mengamalkan vegetarian) juga tidak baik untuk hati, kerana hati perlukan asid amino (unit-unit yang membentuk protin) untuk memproses toksin.

8) Makan makanan yang mengandungi sulfur seperti bawang putih, bawang, daun kucai dan daun bawang , kerana mereka mengurangkan kesesakan hati.

9) Pastikan pengambilan gula bertapis (gula putih) kepada minimum sebagai tenaga "kosong" tenaga boleh memberi lebih tekanan kepada sistem hati.

10) Pastikan anda masukkan makanan "masam" ke dalam diet anda seperti jus lemon yang dianggap memulakan pembebasan enzim di dalam hati, untuk membantu proses detoksifikasi.

11) Makanan pahit seperti selada air dan herba rosemary juga bermanfaat untuk kesihatan hati.

12) Selalu amalkan rempah yang mentah. Untuk mengetahui kesesuaiannya anda boleh melakukan ini dengan memakan jumlah yang kecil, kemudian perhatikan reaksi badan anda terhadapnya.

13) Hati suka kepada makanan yang ringkas, seperti nasi whole grain (beras perang) kukus atau makanan whole grain organik dan sayur-sayuran dengan dressing rendah lemak sangat lembut (gentle) kepada hati.

14) Kopi, teh, dan alkohol sangat sukar untuk diproses oleh hati untuk memproses, terutama apabila hati berada di bawah par(sudah overload).

15) Air kosong yang ditambah jus lemon segar sangat sesuai untuk menyejukkan hati yang "panas".

16) Teh herba untuk detoks hati boleh menjadi cara yang sempurna untuk memulakan sokongan pembaikan hati. Teh herba Mullein & bunga lawang sesuai untuk memulakan detoks yang lembut ini.

17) Untuk mengekalkan pundi hempedu berfungsi dengan betul, kerja hati menjadi lebih mudah. Jus mentah baik untuk proses pembersihat hati dan pundi hempedu. Kisar bersama 60% jus lobak merah, 30% jus ubi bit dan 10% timun atau jus epal dan minum beberapa kali seminggu.

Bunga marigold. Anda boleh tanam sendiri untuk digunakan bagi membuat teh bunga yang menjadi tonik lembut yang baik untuk hati.

18) Untuk membantu mencergaskan hati yang lembap, minum segelas jus tomato yang dicampur dengan cayenne pepper.

19) Makan salad yang dibuat dari selada air segar, dandelion dan daun chicory dan sayur-sayuran musim bunga lain. Juga dapatkan sayur-sayuran hijau gelap, biji-bijian, kekacang (terutamanya badam) , buah-buahan berair (juicy), sayur-sayuran dan buah-buahan mentah atau dikukus.

20) Bunga Marigold (teh bunga) adalah klasik digunakan sebagai teh hati yang lembut jadi beli sebungkus benih dan tanamnya untuk membuat teh anda sendiri.

21) Anggur mengaktifkan hati untuk merangsang glikogen dan rembesan hempedu.

22) Buah mangga masak adalah menyegarkan dan merangsang selera makan.

23) Makan setiap hari radish dan daun hijaunya untuk memberi manfaat kepada hati yang berpenyakit kuning .

24) Biji Milk Thistle merupakan herba penting untuk hati. Ia mudah digunakan sebagai taburan harian pada makanan anda.

25) Kunyit samada segar atau kering, ditambah kepada makanan, adalah pembersih hati dan pundi hempedu yang sangat baik.

26) Globe Artichokes mengandungi cynarin, yang menggalakkan aliran hempedu dan merangsang pertumbuhan semula sel hati. Jika anda memasak artichokes dalam air, menyimpan air masak minum pada masa yang menyimpannya di dalam peti sejuk dan menggunakan hari berikutnya. Seboleh-bolehnya selalulah pilih cara masak stim.

27) Pati lemon & artichoke bagus untuk menyejukkan hati. Ia enak digunakan sebagai cuka berperisa pada salad dan sayur-sayuran kukus.

Jagalah hati anda supaya ia sentiasa bekerja dengan baik untuk kesihatan anda. Jika anda inginkan kenalan anda juga mendapat manfaat dari 27 makanan yang baik untuk hati, klik "like dan share" dengan mereka


terima kasih diatas pekongsian yg sangat bermanfaat..:)

TEKNIK MENGHAFAZ AL-QURAN DENGAN LEBIH MUDAH

Assalamualaikum w.b.t, bersyukur kehadrat ilahi kerana sentiasa bersama kami dalam menjayakan MUSOLLA AL-HIKMAH. Pada malam ini, sebelum melelapkan mata kami ingin berkongsi sedikit teknik menghafal al-quran agar semua pelajar hafiz dan hafizah lebih mudah untuk menghafal ayat suci al-quran. INSHA ALLAH. :)

DOA SEBELUM MENGHAFAL AL-QURAN

.DOA PEMBUKA   Doa adalah perkara utama yang wajib dilakukan seorang penghafaz al-quran,sebabnya kita sedang berbicara dengan kalam ALLAH.Berdoalah walaupun dengan hanya al-fatihah...tapi di sini ana kongsikan doa hafazan yang khusus...Sebagai pembuka..: ( i ) istighfar (7x) ( ii )selawat ke atas baginda rasulullah (7x) (iii)inna nahnu nazzalna.......(surah al-hijr-ayat 9) (7x) (iv) al-fatihah.

2.MULA DENGAN MEMBACA SATU LEMBARAN. --- > Baca secara berulang-ulang.Baca,bukan menghafal....Banyak hikmahnya,selain daripada kaedah mudah mengingat,ia juga merupakan fokus utama untuk mengelak kesalahan tajwid disamping memudahkan kita mengingat kedudukan ayat apabila kita mula menghafal nanti...kadar bacaan yang diperlukan adalah 20 kali dan ke atas..Pastikan tidak kurang daripada 20 kali..Ulangan peringatan,hanya membaca iaitu dengan meneliti ayat,kalimah dan baris.Permulaannya nampak susah,tapi sesiapa yang mencuba insyaALLAH senang.WALLAHUA'LAM 

3.MULA DENGAN MENGHAFAL SATU LEMBARAN.   Bermula dengan langkah menghafal ayat pertama.Ulang ayat tersebut sebanyak 20 dan lebih.Kalau dah boleh,teruskan dengan menghafal ayat kedua,juga dengan cara yang sama iaitu mengulang sebanyak 20 kali dan lebih.Kemudian ulang menghafal ayat pertama dan disambung dengan ayat kedua(tanpa melihat mushaf).Kemudian sambung hafalan dengan ayat ketiga,ulang 20 kali dan lebih.Mula semuala hafalan daripada ayat pertama hingga ayat ketiga hingga lancar sambungan dari ayat ke ayat..Sama dengan ayat seterusnya....WALLAHUA'LAM. 

4.SESUDAH MENGHAFAL SATU LEMBARAN. Sebaik habis menghafal dari atas hingga ke bawah,ulang semula menghafal satu lembaran tanpa melihat alquran.Ulang dan ulang dan pastikan hafalan tersebut lancar.Pastikan kepala ayat dan ayat paling bawah kekal diutamakan mengingat supaya tidak keliru jika berpindah ke lembaran seterusnya... 

5.DOA PENUTUP Sebagai penutup kepada hafalan baru ada doanya yang khusus.Doa penutup kepada hafalan al-quran banyak tapi antara yang paling senang adalah dengan membaca "allahummar hamna bil quran,waj'al hulana imaman wa nuuran wa hudan wa rahmah........doa ini insyaALLAH memang lazim didengar dalam bentuk lagu ketika berakhirnya majlis-majlis alquran,cari di google insyaALLAH jumpa..WALLAHUA'LAM. 5.TASMIK. Pelajar yang memang menghafal al-quran tasmik dengan guru pentasmik masing-masing,lazimnya masa tasmik adalah waktu pagi bagi penghafaz-penghafaz al-quran.Bagi yang bukan penghafaz al-quran,anda sudah tentu mempunyai kekangan masa disebabkan kerja lain..Oleh itu,ana sarankan cari waktu yang sedikit lapang sekitar  1-3 jam untuk memulakan hafalan anda.Waktu terbaik adalah sebelum masuk waktu subuh dan waktu malam selepas mghrib dan selepas isyak.Kemudian cari sesiapa saja yang anda rasa berkebolehan dalam tajwid bagi memperdengarkan hafalan anda.Apabila menghafal,kita wajib mentasmik hafalan kita kerana ini adalah satu kewajipan dalam menghafal al-quran sebagai bukti kita ingat ayat tersebut walaupun ada orang lain sedang mendengar.  



JADUAL HAFAZAN 





SALAM DA'I

Assalamualaikum semua antum semua apa khabar,semoga dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa mendapat keredhaan Allah,In Shaa Allah,Amin...okeh ana sebenarnya rindu nak berkongsi maklumat2 yg In shaa Allah memberi manfaat kepada antum semua..:)terima kasih juga ana ucapkan kepada blogger2 yg sudi berkongi...hihihi:p

Image result for love
senyum itu sedekah..:)